MND: S'pura import pasir dari pelbagai sumber agar bekalan dapat bertahan
Jul 05, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA mengimport pasir dari pelbagai negara bagi memastikan bekalannya dapat bertahan, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) sebagai memberi respons kepada laporan bahawa Malaysia telah melarang eksport pasir laut - digunakan untuk penambakan tanah - sejak Oktober lalu.
"Pemerintah juga menggalakkan industri untuk mengurangkan pergantungan pada pasir," tambah kementerian itu, yang mengawasi import pasir Singapura, sebagai respons kepada pertanyaan Reuters.