Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model jagaan berperingkat disaran bagi kesihatan mental

Ia satu daripada 12 saranan awal yang dikenal pasti Pasukan Bertindak Berbilang Agensi bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental
May 11, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN Bertindak Berbilang Agensi bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental telah menyarankan agar satu model penjagaan berperingkat disediakan bagi penjagaan kesihatan mental, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Rangka kerja itu, kata beliau, memadankan tahap penjagaan kepada kadar khidmat kesihatan mental tersebut, membenarkan peruntukan sumber yang lebih cekap dan berkesan kepada perkhidmatan kesihatan mental berdasarkan betapa teruk dan kompleks keperluan kesihatan mental seorang individu itu.



Ini merupakan satu daripada 12 saranan awal yang dikenal pasti pasukan bertindak yang ditubuhkan pada Julai 2021 itu, yang turut mendapatkan pandangan awam menerusi satu konsultasi pada 2022.



Dianggarkan lebih 950 respons yang diterima, dengan maklum balas daripada golongan seperti belia, ibu bapa, golongan yang menghidap masalah kesihatan mental, penyedia khidmat, majikan dan agensi masyarakat.



"Sedang kami menerima sokongan daripada kebanyakan responden bagi saranan tersebut, kami juga akur akan maklum balas daripada sesetengah responden bahawa individu yang menawarkan khidmat dalam setiap peringkat model itu patut berkeupayaan secukupnya bagi memenuhi peranan dan tanggungjawab mereka.



"Kami setuju agar model penjagaan berperingkat ini dilaksana secara berkesan - satu aspek penting dengan memastikan keupayaan dan piawai dalam kalangan semua doktor kesihatan mental," jelasnya.



Dalam ucapannya, Dr Janil turut menyentuh tentang inisiatif pemerintah bagi memastikan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan dimampui bagi warga Singapura, termasuk keperluan kesihatan gigi dalam kalangan warga senja.



Ini termasuk khidmat doktor gigi di poliklinik, klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan klinik pergigian privet.



Dr Janil turut menekankan tentang perlunya mempunyai sistem teknologi maklumat bersepadu yang baik dan boleh dipercayai.



Beliau memetik sistem Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan (NEHR), di mana Kementerian Kesihatan (MOH) telah mula menarik lebih banyak penyedia penjagaan kesihatan untuk menyumbang kepada NEHR.



NEHR merupakan sebuah platform yang memaparkan maklumat kesihatan pesakit terpilih daripada pelbagai penyedia penjagaan kesihatan dan membenarkan penyedia memantau rekod-rekod kesihatan ini bagi penjagaan pesakit.



"NEHR telah menjalani semakan siber keselamatan, imbasan kelemahan prasarana dan ujian penembusan aplikasi," tambah Dr Janil.




"Sedang kami menerima sokongan daripada kebanyakan responden bagi saranan tersebut, kami juga akur akan maklum balas daripada sesetengah responden bahawa individu yang menawarkan khidmat dalam setiap peringkat model itu patut berkeupayaan secukupnya bagi memenuhi peranan dan tanggungjawab mereka.



Kami setuju agar model penjagaan berperingkat ini dilaksana secara berkesan - satu aspek penting dengan memastikan keupayaan dan piawai dalam kalangan semua doktor kesihatan mental."



- Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >