Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE garis 5 bidang tumpuan di bawah inisiatif 'Forward SG': Chun Sing

Antaranya ekosistem yang sokong pembelajaran pelajar berkeperluan khas serta membangunkan pelbagai laluan pendidikan
Sep 06, 2022 | 05:30 AM



MENYEDIAKAN ekosistem yang menyokong pembelajaran pelajar berkeperluan khas, dan membangunkan pelbagai laluan pendidikan merupakan antara lima bidang yang menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan (MOE) di bawah gerakan Forward Singapore yang dilancarkan Jun lalu, satu usaha untuk melibatkan rakyat dalam membentuk masa depan negara.



Bidang tumpuan ini dikongsi dalam satu laman mikro di bawah laman MOE yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, semalam.



Laman mikro tersebut bertujuan mengajak warga Singapura berkongsi pandangan, harapan dan ikrar mereka berhubung pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.



Usaha ini merupakan sebahagian daripada tunggak 'Lengkap' yang bertujuan melengkapi setiap warga Singapura dengan peluang untuk berkembang maju dan merealisasikan aspirasi mereka, tidak kira permulaan mereka dalam hidup.



Dalam mencapai demikian, MOE, dari Ogos hingga November ini, akan mendekati pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemimpin di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL), pendidik, ibu bapa dan guru mengenai hasil kolektif bagi pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, serta peranan yang boleh dimainkan mereka.



Menurut MOE, pendekatan itu akan memberi tumpuan ke atas membina asas yang kukuh bagi setiap anak, menyediakan model pembelajaran pelbagai bagi kebolehan berbeza-beza, dan menyediakan berbilang laluan untuk mencapai kejayaan.



Ia juga akan fokus terhadap memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas dan menggalakkan perkembangan serta pembelajaran sepanjang hayat.



Semalam, salah satu daripada sesi pendekatan itu diadakan di Politeknik Republic di mana Encik Chan, bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How; dan Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, mendekati seramai 74 pelajar politeknik itu untuk mendengar pandangan mereka mengenai masa depan pendidikan negara ini.



Antara isu yang diketengahkan adalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar di samping kepentingan meluaskan definisi kejayaan.



Seorang pelajar tahun kedua Politeknik Republic, Cik Nur Soffiyah Sorfina Mohd Faizal, 18 tahun, yang menghadiri sesi pendekatan itu berkata beliau berbesar hati bahawa pelajar sepertinya dapat menyumbang saranan dan mengharapkan ia akan membawa perbezaan kepada masa depan negara.



"Saya rasa kesihatan mental adalah salah satu isu paling besar yang masih lagi dipertimbangkan. Sebagai pelajar sendiri, saya rasa ia harus diambil berat kerana ia menjejas kesihatan kami sebagai pelajar. Ia mungkin tidak dapat dilihat sekarang tapi pada masa depan, ia boleh membawa kesan yang tidak diingini."



Pelajar jurusan pengurusan hospitaliti dan perhotelan itu menyarankan agar sekolah-sekolah terus mengadakan kumpulan sokongan rakan dan pada masa yang sama melibatkan profesional kesihatan mental.



Memberi ulasan kepada media, Encik Zaqy berkata beliau berbesar hati dapat mendengar aspirasi para belia, idea mereka bagi masa depan Singapura dan bagaimana mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pemerintah untuk sama-sama membawa perubahan.



"Ini bukan satu-satunya kumpulan yang kami bekerjasama dengan, terdapat juga rancangan untuk mendekati majikan, pendidik, ahli akademik serta orang awam dan ibu bapa untuk melihat bagaimana untuk mendorong sistem pendidikan kita agar menjadi lebih holistik, berbilang laluan dan tentunya suatu yang lebih inklusif," tambah beliau.



MOE berkata ia akan mengumpulkan dapatan daripada sesi-sesi sebegini dan menyusuli itu, mengadakan sesi pendekatan bagi kumpulan besar terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan pada pertengahan November ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >