Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE komited pastikan guru terus disokong, beban kerja mereka kekal mudah diurus

moe
Sep 13, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) komited memastikan pendidiknya terus disokong dengan baik dan beban kerja mereka kekal mudah diurus, kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Gan Siow Huang.



"Pendidik kita adalah tonggak sistem pendidikan kita. Kami mengambil berat tentang kesejahteraan mereka dan kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan, termasuk pemimpin sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk menyokong mereka," katanya.



Cik Gan berkata demikian sebagai respons kepada ucapan usul penangguhan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, di Parlimen semalam.



Semasa mengemukakan usul penangguhan mengenai menghargai dan menyokong kesejahteraan pendidik di Singapura, Encik Abdul Samad berkata lebih banyak sokongan mesti diberikan kepada guru oleh pemimpin sekolah, MOE dan ibu bapa dalam menguruskan disiplin pelajar.



Ini menyusuli kejadian di Sekolah Menengah St Andrew's di mana sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan seorang pelajar berkelakuan tidak sopan terhadap seorang kakitangan sekolah.



"Saya berasa kejadian sedemikian bukanlah kejadian terpencil atau sedikit, tetapi terdapat banyak lagi. Malah, saya mendengar cerita serupa tentang guru mengalami kejadian tidak hormat serupa.



"Ada kalanya, ia lebih teruk apabila ibu bapa melakukan perkara sama terhadap guru anak mereka hanya untuk mempertahan kesalahan mereka," kata Encik Abdul Samad.



"Kesatuan sekerja percaya MOE boleh melakukan lebih banyak dari segi dasar untuk menangani keprihatinan guru dan dengan itu, menetapkan dasar yang sekurang-kurangnya akan menetapkan garis asas bagi amalan sekolah.



"MOE harus mengharapkan kepimpinan sekolah menyokong guru dengan lebih banyak dan lebih baik. Saya percaya kepimpinan sekolah menjadi tunjangnya.



"Secara kolektif, kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam budaya sekolah, keharmonian kerja-kehidupan, beban kerja, jangkaan guru serta melindungi guru daripada ibu bapa dan pelajar yang bertindak kasar," tambahnya.



Dalam menguruskan disiplin pelajar, Encik Abdul Samad berkata pelajar mesti dimaklumkan awal bahawa sebarang salah laku, kekasaran, tindakan agresif atau ancaman tidak akan diterima dan mereka mesti menghadapi akibatnya.



Kepimpinan sekolah pula mesti menyokong guru dalam mendisiplin pelajar dan berdiri teguh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa tentang isu disiplin.



"Sedang pendekatan kepada mendisiplin pelajar mungkin berbeza, guru mesti berasa pendekatan ini berkesan dengan sokongan padu kepimpinan sekolah.



"Kita mesti memastikan maruah guru dijaga dan amalan pemulihan juga dilaksana untuk menyelesaikan konflik, membaiki kemudaratan, dan memulihkan hubungan. Ini juga bagi mengekalkan dan menjaga maruah dan kesejahteraan pelajar," katanya.



Encik Abdul Samad juga meminta ibu bapa menghormati masa dan ruang peribadi guru, dan berkata ibu bapa boleh memainkan peranan dalam melengkapi dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan pelajar.



Beliau juga berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk mengurangkan beban kerja bukan berkaitan pengajaran bagi guru.



Encik Patrick Tay (SMC Pioneer) pula menyarankan pendidik diberi peluang menjalani sabatikal bagi meneroka industri di luar perkhidmatan pendidikan bagi menyegarkan pengetahuan dan perspektif mereka.



Beliau turut menyarankan semua kertas ujian disediakan di peringkat kumpulan atau kelompok bagi semua peringkat aliran utama bagi menjimatkan masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >