Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE peruntuk $350 juta bagi program penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan

Nov 08, 2016 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan telah memperuntukkan sebanyak $350 juta bagi lima tahun akan datang untuk menyokong pelbagai inisiatif dan program berkaitan penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan.



Ini merupakan peningkatan kira-kira separuh daripada perbelanjaan kementerian itu bagi kajian sains sosial dan kemanusiaan bagi tempoh lima tahun lalu.



Rangsangan dalam sokongan ini sesuai sedang Singapura semakin maju.



Sains sosial dan kemanusiaan merupakan bidang penting disebabkan keupayaannya memperkaya pemahaman terhadap masyarakat dan isu seperti penuaan, mobiliti sosial, kepelbagaian budaya, mutu hidup serta cabaran serantau dan global yang memberi kesan kepada Singapura.



Majlis Penyelidikan Sains Sosial (SSRC) ditubuhkan pada Januari 2016 untuk menyediakan hala tuju bersepadu dan sokongan bagi kajian sains sosial dan kemanusiaan.



Sebagai inisiatif pertamanya, SSRC melancarkan geran penyelidikan sains sosial baru yang diberi nama SSR Thematic Grant pada Mei 2016 yang bertujuan meningkatkan penyelidikan dalam bidang yang relevan kepada Singapura dan Asia keseluruhannya.



Terdapat dua peringkat pembiayaan di bawah geran tersebut.



Peringkat pertama menyokong penyelidikan yang diketuai penyelidik kecil-kecilan dalam bidang kepentingan bertema.



Projek di bawah geran ini akan menerima $100,000 hingga $1 juta untuk tempoh sehingga tiga tahun.



Projek di bawah pembiayaan jenis kedua pula akan mendapat lebih $1 juta hingga $10 juta bagi tempoh tiga hingga lima tahun.



Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras Ekonomi dan Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, semasa mengumumkan peruntukan itu di pelancaran Institut Kepimpinan Masyarakat (ISL), berkata:



"Saya harap kita akan membangunkan budaya yang meraikan dan menghargai sains sosial dan kemanusiaan dan mengiktiraf potensinya untuk memperbaiki masyarakat di Singapura dan rantau ini."



Usaha menarik pemohon geran ini telah mendapat sambutan kukuh daripada golongan penyelidik.



Pada tarikh penutup pelawaan geran pada Ogos 2016, sebanyak 70 cadangan penyelidikan daripada pemohon telah diterima daripada lapan institusi iaitu Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura, Institut Teknologi Singapura, Universiti SIM, Iseas-Institut Yusof Ishak dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.



Keputusan pemohonan bagi geran ini dijangka diumumkan pada awal tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >