Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE sedia luaskan khidmat jagaan lepas sekolah

Maliki: Peluasan program dirancang bagi mereka yang di sekolah rendah dan menengah; bayaran akan kekal dimampui
Mar 10, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) bersedia memperluas kapasiti program penjagaan selepas sekolah dan memastikan ia kekal dimampui, kata Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman.



Ia juga merancang memperluas program serupa bagi pelajar sekolah menengah, tambah beliau, sambil menekankan kepentingan menyediakan program berstruktur untuk memastikan pelajar terjaga selepas waktu sekolah.



Melawat Sekolah Menengah Admiralty (ADSS) semalam untuk menyaksikan program Gear-Up dijalankan, Dr Maliki berkata buat masa ini, kesemua 185 sekolah rendah menyediakan program penjagaan selepas sekolah yang dikenali sebagai program Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift).



Program Gear-Up merupakan program di bawah naungan Uplift.



Keluarga berpendapatan $1,500 hanya perlu membayar serendah $5 bagi khidmat penjagaan selepas sekolah, kata Dr Maliki.



Bercakap kepada media setelah lawatannya, beliau berkata:



"Kami harap program Gear-Up...akan terus menyediakan peluang kepada anak-anak muda melalui perjalanan pendidikan yang memanfaatkan potensi mereka sepenuhnya dan mereka dapat menjadi dewasa yang boleh menyumbang semula kepada masyarakat.



"Gear-Up merupakan salah satu program di bawah naungan program Uplift di mana kita memberi peluang kepada murid-murid yang datang daripada keluarga susah yang mempunyai latar belakang mencabar.



"Di sini kita membantu memastikan setiap anak yang datang daripada latar belakang sukar diberi sokongan sepenuhnya, di mana kita melihat bagaimana keupayaan mereka boleh diasuh untuk mereka berjaya."



Setakat ini, sekitar 120 sekolah menengah menawarkan program Gear-Up, dan Dr Maliki berkata ini mahu diperluas agar lebih banyak sekolah dapat menawarkan program tersebut.



Program itu diadakan antaranya demi memastikan penjagaan selepas sekolah tersedia bagi kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai latar belakang mencabar.



Menurut pelajar Menengah Dua di ADSS yang telah menyertai Gear-Up sejak tahun lalu, Ervynna Eryanna Mazlan, program tersebut membantunya menjadi seorang yang berfikiran lebih positif.



Ia juga membolehkannya melakukan aktiviti yang lebih bermakna serta yang menyumbang semula kepada masyarakat.



Ditemui akhbar ini, Naib Pengetua ADSS, Encik Sheik Alaudin, berkata antara aktiviti yang diadakan sebagai sebahagian program tersebut yang dihadiri 50 pelajar di sekolahnya ialah aktiviti seni, sukan dan bimbingan.



Beliau turut melihat kesan positif daripada program itu.



"Pelajar yang menghadiri program ini kini lebih bermotivasi dan kehadiran mereka ke sekolah juga meningkat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >