Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOF: Hati-hati dengan SMS, panggilan atau e-mel palsu tentang bayaran tunai Baucar GST

Aug 01, 2018 | 05:41 PM



WARGA Singapura yang layak menerima bayaran Baucar GST bulan ini harus berhati-hati dengan SMS, e-mel atau panggilan palsu berhubungnya, kata Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (1 Ogos).



Menerusi laman Facebook mereka, MOF berkata penerima yang telah mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka menggunakan SingPass akan dimaklumkan menerusi satu SMS rasmi mulai hari ini tentang bayaran itu.



Penerima tidak akan dihubungi menerusi e-mel atau panggilan telefon.



Skim Baucar GST (GSTV) tetap itu, yang bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan serta warga emas, memberi bayaran sehingga $300 bagi orang dewasa berpendapatan rendah.



Sementara itu, mereka yang memilih untuk wang itu dipindahkan terus ke akaun bank mereka akan dimaklumkan tentang jumlah yang telah dimasukkan ke dalam akaun mereka.



Mereka yang memilih untuk menerima bayaran tersebut menerusi cek pula akan mendapat SMS yang akan memberitahu mereka bila cek itu akan dihantar kepada mereka.



Mereka yang tidak pasti sama ada SMS, e-mel atau panggilan telefon yang mereka terima adalah tulen boleh menghubungi talian 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >