Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: 116 penduduk, pengunjung blok di Tampines diuji bebas Covid-19

Jul 05, 2020 | 12:13 AM

SEJUMLAH 116 penduduk serta pengunjung Blok 111 Tampines Street 11 yang diuji bagi Covid-19 telah disahkan bebas jangkitan itu.

Ujian tersebut dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga setelah sembilan kes jangkitan dari dua isi rumah di blok itu dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (4 Jul).


Pada Khamis, MOH mengumumkan yang ia telah meletakkan 58 isi rumah yang menginap di blok tersebut di bawah pemantauan telefon aktif dan akan memudahkan pengujian Covid-19 bagi mereka dan pengunjung mereka.


Sejumlah 185 kes Covid-19 baru disahkan sehingga 12 tengah hari Sabtu, terdiri daripada satu kes yang diimport, sembilan kes dalam masyarakat dan baki melibatkan pemegang permit kerja yang menginap di dormitori.


Kes yang diimport itu melibatkan penduduk tetap yang pulang ke Singapura dari India pada 21 Jun lalu.


Beliau tidak menunjukkan simptom dan diuji ketika sedang menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).


Di kalangan kes dalam masyarakat, 1 dikaitkan dengan kes terdahulu manakala lapan buat masa ini tidak berkait.


Seramai 348 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah yang telah pulih seramai 40,117. 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >