Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH buat laporan polis ke atas kumpulan antivaksin

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah membuat laporan polis terhadap kumpulan antivaksin Healing The Divide, setelah pengasasnya menggesa ibu bapa mengganggu operasi di pusat vaksinasi kanak-kanak.



MOH berkata ia maklum perbuatan pengasas kumpulan itu, Cik Iris Koh, yang telah menggesa ibu bapa melalui mesej di saluran Telegram pada 27 Disember, supaya melawat pusat vaksin kanak-kanak dan "membebankan kakitangan perubatan tapak dengan mengajukan banyak soalan".



Saluran Telegram itu mempunyai lebih 2,700 anggota.



Murid-murid darjah 4 hingga 6 telah mula menerima vaksinasi mereka pada 27 Disember lalu apabila di tujuh pusat pertama dibuka.



MOH berkata: "Perbuatan sebegitu akan mengganggu operasi di pusat vaksinasi kanak-kanak kami, dan serupa dengan perbuatan hasutan mengganggu kakitangan perubatan.



"Ia perkara yang sangat serius, dan oleh itu MOH telah membuat laporan polis."



Kementerian itu juga menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya oleh kumpulan itu, yang mempunyai sejarah berkongsi maklumat mengelirukan mengenai Covid-19 dan vaksinnya.



MOH menambah bahawa Penguasa Sains Kesihatan dan pihak berkuasa kawal selia lain di seluruh dunia telah meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty Covid-19 untuk digunakan ke atas kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas ujian klinikal komprehensif dijalankan.



"Ini tidak berbeza dengan cara ubat lain telah diluluskan untuk digunakan. Pusat vaksinasi kanak-kanak yang ditetapkan telah ditubuhkan di seluruh pulau untuk mentadbir vaksinasi selamat untuk kanak-kanak," kata MOH.



Dalam mesej pada 27 Disember, Cik Koh telah menggesa ibu bapa supaya menempah slot vaksinasi untuk anak mereka dan meminta berjumpa doktor di pusat vaksinasi.



Beliau juga menggalak ibu bapa mengajukan soalan yang disenaraikan dalam pautan borang Google dan merekodkan jawapan yang diberikan oleh doktor.



Pautan itu mengandungi soalan seperti sama ada doktor menyedari terdapat rekod kematian kanak-kanak yang mengambil vaksin Pfizer di luar negara, dan sama ada terdapat kajian tempatan yang menunjukkan bahawa vaksin ini selamat untuk kanak-kanak.



Pada November lalu, Cik Koh dan suaminya, Encik Raymond Ng, telah disiasat kerana didakwa menghasut anggota saluran Telegram supaya menghubungi dan menyesakkan talian 'hotline' awam, termasuk yang membantu orang ramai menangani isu Covid-19.



Anggota itu diberitahu supaya berkongsi maklum balas mereka mengenai langkah-langkah ketat Covid-19 untuk orang yang tidak divaksin di tempat awam dengan talian hotline Perkhidmatan/Maklum Balas Kualiti MOH, 'hotline' Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan 'hotline' nasional Care, yang menawarkan khidmat kaunseling.



Pada bulan yang sama, saluran YouTube pasangan itu telah dikeluarkan selepas didapati melanggar garis panduan masyarakat kerana menyiarkan dan berkongsi kandungan palsu dan maklumat mengelirukan tentang vaksin Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >