Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

MOH, pakar sakit berjangkit prihatin dakwaan sepihak doktor yang gesa vaksin Covid-19 bagi belia dihenti

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 dan seorang spesialis kanan daripada Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID) menyuarakan keprihatinan mereka terhadap dakwaan sepihak sekumpulan doktor, yang terlibat dalam satu surat terbuka yang meminta agar vaksinasi dihentikan bagi remaja Singapura.



Kenyataan terkini yang dikeluarkan semalam oleh Kementerian Kesihatan (MOH), yang mengendali Jawatankuasa itu, berkata laporan berita tentang kematian seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) tidak menyatakan punca kematiannya ialah serangan jantung, sebagaimana didakwa dalam surat itu.



"Perkara itu masih sedang disiasat oleh pihak berkuasa AS," kata MOH, yang tidak menyatakan demikian dalam satu kenyataannya kelmarin, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Dalam catatannya di Facebook semalam, Profesor Madya Dr David Lye daripada NCID pula mengatakan kenyataan doktor-doktor di sebalik surat terbuka itu "mengelirukan," dan memberi "maklumat salah kepada orang awam".



Surat terbuka itu, yang dimuat naik di Facebook Sabtu lalu oleh seorang doktor, Dr Kho Kwang Po, ditujukan kepada Profesor Benjamin Ong, pengerusi jawatankuasa pakar itu.



Ini setelah tersiar berita remaja lelaki berusia 13 tahun di Amerika itu, yang meninggal dunia selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19 di negara itu.



Ia menggesa agar usaha vaksinasi di sini dihentikan sementara hingga maklumat lebih tepat berkaitan kes itu dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika atau pertubuhan lain.



Surat itu ditandatangani oleh Dr Kho; Dr Wong Wui Min, seorang pakar kardiologi dan spesialis jantung di Klinik Perubatan dan Jantung Hospital Gleneagles; Dr A.M. Chia; Dr L.W. Ping; dan Dr I.W. Yang.



Surat itu dikatakan dihasilkan "bagi pihak ramai pakar pediatrik, doktor penjagaan dasar, spesialis, pembedah dan doktor umum (GP)".



Memberi respons kepada surat itu semalam, MOH berkata penulis surat tersebut menunjukkan satu laporan yang berpihak hanya dari satu sudut daripada persidangan Jawatankuasa Penasihat Amalan Pengimunan CDC.



Khususnya, mereka gagal membuktikan maklumat yang tersedia untuk menunjukkan bahawa "pesakit secara dasarnya pulih daripada simptom dan kembali baik-baik sahaja."



Penulis surat itu juga gagal memberitahu bahawa perbincangan selanjutnya dalam mesyuarat yang sama itu menyokongi usaha vaksinasi warga muda kerana manfaatnya melebihi risikonya, kata MOH.



Daripada empat juta kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 sejak permulaan pandemik itu, terdapat sekitar 380 kematian yang dilaporkan dalam golongan mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun.



Pada masa sama, jangkitan Covid-19 dalam kalangan anak muda juga boleh menyebabkan sindrom radang berbilang sistem (MIS-C) dan kecacatan lain.



"Sedang kita berdepan varian Delta, yang lebih mudah menular, yang mempunyai kaitan dengan Covid-19 jenis lebih teruk, adalah penting kita melindungi kanak-kanak kita daripada Covid-19 jenis lebih teruk dan komplikasinya," kata kementerian itu.




"Sedang kita berdepan varian Delta yang lebih mudah menular, yang mempunyai kaitan dengan Covid-19 jenis lebih teruk, adalah penting kita melindungi anak-anak kita daripada Covid-19 jenis lebih teruk dan komplikasinya."
- Kementerian Kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >