Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MOH pertingkat langkah berjaga sedang kes HFMD bertambah

May 05, 2016 | 11:45 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang bekerjasama dengan agensi rakan kongsinya untuk meningkatkan kewaspadaan dan langkah pencegahan sebagai respons pada kenaikan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (4 Mei), MOH berkata ia telah memaklumkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Rakyat (PA) supaya meningkatkan langkah-langkah seperti saringan pengesanan awal, pengasingan kes dan memastikan taraf kebersihan diri dan persekitaran.

Sehingga 28 April, 36 tajaka dan tadika dikenal pasti mempunyai kelompok jangkitan HFMD berpanjangan tahun ini, kata MOH.

Sebelum ini, dua pusat dikehendaki ditutup, tetapi sekarang tiada yang ditutup disebabkan HFMD, katanya.

Dari 17 April hingga 23, terdapat 1,052 kes HFMD, tertinggi sejak Oktober 2013, menurut laporan media.

HFMD ialah penyakit endemik kanak-kanak biasa di Singapura dan wabak itu boleh dijangka dari semasa ke semasa, kata MOH.

Simptomnya termasuk demam, sakit tekak, ruam pada tangan dan kaki dan ulser mulut.

Pada Februari lalu, 15 anggota Perkhidmatan Negara (NS) dijangkiti penyakit itu di Pusat Latihan Ketenteraan Asas di Pulau Tekong.

HFMD yang banyak merebak sekarang ialah virus Coxsackie jenis A, yang biasanya menyebabkan penyakit ringan.

Tiada kes teruk atau kematian akibat HFMD dilaporkan tahun ini, ujar MOH.

Ia berkata untuk mengurangkan penyebaran HFMD, taraf kebersihan tinggi harus diamal oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Sembarang kanak-kanak yang menunjukkan gejala HFMD juga perlu dijauhkan dari sekolah serta tempat awam sesak dan diberi perhatian perubatan awal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3