Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM sedia panduan hari cuti wajib untuk majikan, pembantu rumah

Oct 07, 2022 | 05:10 PM



MULAI 1 Januari 2023, semua majikan perlu memberi pembantu rumah migran (MDW) mereka satu hari cuti wajib setiap bulan yang tidak boleh digantikan dengan wang tunai.





Ini adalah sebahagian  langkah yang diumumkan  Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tahun lalu untuk membolehkan pembantu rumah berehat dan membentuk rangkaian sokongan di luar rumah.


MOM dalam kenyataannya pada Jumaat (7 Okt) berkata pembantu rumah dan majikan harus mencapai persetujuan bersama mengenai pengaturan hari cuti itu.


Pengaturan untuk hari cuti bulanan itu boleh dilaksanakan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan kedua-dua majikan dan pembantu rumah.


Sebagai contoh, hari cuti itu boleh diambil sebagai satu hari penuh atau dibahagikan kepada dua setengah hari.

Ia juga boleh diambil pada mana-mana hari dalam seminggu.


Pembantu rumah boleh memilih untuk meluangkan hari cutinya di rumah.


Hari cuti itu juga boleh ditangguhkan hingga satu bulan. Ini bermakna, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menangguhkan hari cuti pada bulan itu, pembantu rumah harus mengambil hari cutinya menjelang hujung bulan berikutnya.


Untuk menyokong pembantu rumah dan majikan, MOM telah membangunkan panduan yang boleh membantu majikan dan pembantu rumah berbincang dan bersetuju tentang bagaimana hari cuti wajib itu boleh diambil.


Panduan itu juga termasuk cadangan kegiatan hari cuti yang boleh dipertimbangkan oleh pembantu rumah, dan pilihan penjagaan alternatif yang boleh digunakan oleh majikan untuk keperluan isi rumah mereka.


“Kami menggesa majikan, terutamanya mereka yang isi rumahnya mempunyai keperluan penjagaan, agar memulakan perbincangan dengan pembantu rumah mereka lebih awal dan merancang untuk pengaturan alternatif jika perlu,” kata MOM dalam kenyataannya.


MOM turut mengingatkan majikan agar mengemas kini maklumat hari cuti pembantu rumah mereka di portal ePerkhidmatan MDW.


Majikan yang memerlukan maklumat lanjut atau nasihat mengenai pengaturan hari cuti boleh menghubungi talian hotline MOM di 6438-5122.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >