MOM lancar program galak pekerjaan adil

MAJIKAN yang mengutamakan pembangunan pekerja Singapura dan mengamalkan kebiasaan yang boleh dicontohi di tempat kerja - seperti memberi sokongan terhadap pekerja lebih tua dan ibu muda - boleh menikmati ganjaran tertentu bermula tahun depan melalui program baru yang dilancarkan Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say, semalam.

Selain diberi keutamaan dalam urusan kerja dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) - seperti pengurusan pas pekerja yang lebih pantas - majikan yang menyertai program itu akan dipadankan dengan pengurus akaun khusus dan diberi akses kepada khidmat satu bumbung yang ditawarkan khas oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep).

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.