Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

MOM: Lebih ramai pekerja naik gaji tahun lalu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MOM: Lebih ramai pekerja naik gaji tahun lalu

May 30, 2018 | 03:53 PM

LEBIH ramai pekerja dalam sektor swasta membawa pulang gaji lebih besar tahun lalu berbanding 2016, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Gaji sebenar mereka tumbuh 3.2 peratus. Peratusan itu merupakan yang paling perlahan sejak 2013 apabila kenaikan adalah 2.9 peratus.

Dapatan Laporan mengenai Amalan Gaji yang dikeluarkan MOM hari ini (30 Mei) menunjukkan perkadaran lebih tinggi – 78 peratus – daripada sekitar 1.2 juta pekerja yang ditinjau berkata gaji mereka meningkat.

Ini lebih tinggi berbanding 75 peratus pada 2016 apabila ekonomi kembali merancak.

Bagaimanapun, pertumbuhan gaji sebenar mereka lebih perlahan jika dibandingkan pada 2016 disebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat, kata MOM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3