Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM sedia panduan sokong majikan, pembantu rumah atur hari rehat

Oct 08, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menyediakan panduan untuk memudahkan majikan dan pembantu rumah migran (MDW) memulakan perbincangan awal mengenai pengaturan hari rehat.



Ini selepas majikan diwajibkan memberi masa rehat untuk pembantu rumah mereka sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam sebulan dan tidak boleh digantikan dengan wang tunai, mulai 1 Januari depan.



Panduan itu juga bertujuan membantu majikan membuat perancangan bagi pengaturan alternatif untuk isi rumah mereka jika perlu, kata MOM dalam satu kenyataan semalam.



MOM berkata pembantu rumah dan majikan harus mencapai persetujuan bersama mengenai pengaturan hari cuti itu.



Pengaturan untuk hari cuti bulanan itu boleh dilaksanakan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan kedua-dua majikan dan pembantu rumah.



Sebagai contoh, hari cuti itu boleh diambil sebagai satu hari penuh atau dibahagikan kepada dua setengah hari.



Ia boleh diambil pada mana-mana hari dalam seminggu. Pembantu rumah boleh pilih untuk meluangkan hari cutinya di rumah.



Hari cuti itu juga boleh ditangguhkan hingga satu bulan. Ini bermakna, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menangguhkan hari cuti pada bulan itu, pembantu rumah harus mengambil hari cutinya menjelang hujung bulan berikutnya.



Untuk menyokong pembantu rumah dan majikan, MOM telah membangunkan panduan yang boleh membantu majikan dan pembantu rumah berbincang dan bersetuju tentang bagaimana hari cuti wajib itu boleh diambil.



Panduan itu juga termasuk cadangan kegiatan hari cuti yang boleh dipertimbangkan oleh pembantu rumah, dan pilihan penjagaan alternatif yang boleh digunakan oleh majikan untuk keperluan isi rumah mereka.



"Kami menggesa majikan, terutamanya mereka yang isi rumahnya mempunyai keperluan penjagaan, agar memulakan perbincangan dengan pembantu rumah mereka lebih awal dan merancang untuk pengaturan alternatif jika perlu," kata MOM dalam kenyataannya.



MOM turut mengingatkan majikan agar mengemas kini maklumat hari cuti pembantu rumah mereka di portal ePerkhidmatan MDW.



Majikan yang memerlukan maklumat lanjut atau nasihat mengenai pengaturan hari cuti boleh menghubungi talian hotline MOM di 6438-5122.



"Menyokong kesejahteraan MDW kami adalah penting kerana mereka juga akan dapat menyokong majikan mereka dengan lebih baik. Dasar hari cuti wajib ini mengukuhkan ekosistem sokongan untuk MDW dan majikan mereka. Terdapat kursus atau kegiatan yang dianjurkan oleh rakan masyarakat seperti Persatuan Pembantu Rumah Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast) dan Aidha," kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >