Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Moody's rendahkan prospek taraf kredit bank utama Singapura

Mar 31, 2016 | 02:47 PM



MOODY'S Investors Service telah menurunkan prospek penarafan kredit tiga bank terbesar Singapura daripada stabil kepada negatif, atas alasan kebimbangan mengenai mutu aset dan keberuntungan bank-bank itu.



Bank terlibat ialah DBS Bank; syarikat induknya, DBS Group Holdings; Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC); dan United Overseas Bank (UOB), kata Moody's dalam satu kenyataan pada Khamis (31 Mac).



Moody's berkata semakannya mencerminkan jangkaan bahawa persekitaran operasi lebih mencabar bagi bank di Singapura pada 2016, dan mungkin seterusnya, akan memberi tekanan terhadap mutu aset dan keberuntungan bank itu.



"Moody's menjangka keadaan kredit bagi bank di Singapura akan terus lemah berlatarkan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan lebih perlahan, di dalam negeri mahupun di rantau ini," kata agensi penarafan itu.



Moody's berkata ia menjangka bank di Singapura akan melaporkan paras lebih tinggi pinjaman bermasalah dan perlu meningkatkan peruntukan bagi kerugian pinjaman, yang membawa kepada keuntungan lebih rendah.



Bagaimanapun, Moody's juga menyatakan bahawa bank Singapura mempunyai penampan sangat kukuh dari segi modal, peruntukan kerugian pinjaman dan pendapatan sebelum peruntukan.



Profil pembiayaan dan kecairan bank Singapura juga kukuh dan kemungkinan "sangat tinggi" bahawa pemerintah akan sokong jika diperlukan.



Oleh itu, kata Moody's, ia mengesahkan penarafan kredit empat kumpulan perbankan itu.



Moody pada masa ini memberi DBS Bank, OCBC dan UOB taraf Aa1 - penarafan jangka panjang kedua tertinggi.



DBS Group Holdings diberi taraf Aa2, satu tangga di bawah tiga bank itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >