Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

MOT galak laksana kenderaan tenaga bersih, pupuk kehidupan mampan

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan menggalak pelaksanaan kenderaan tenaga bersih menerusi strategi pengawalan komprehensif, insentif dan prasarana sebagai sebahagian daripada cara untuk memupuk cara kehidupan lebih mampan.



Ini digariskan oleh Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dalam adendum (kenyataan tambahan) kepada ucapan Presiden Halimah Yacob semasa pembukaan Parlimen, pada Khamis.



Encik Iswaran menjelaskan bahawa kementerian itu telah menetapkan matlamat yang jelas, iaitu tidak membenarkan pendaftaran kereta menggunakan minyak diesel dan teksi mulai 2025 dan kereta dan teksi berenjin pembakaran dalaman (Internal Combustion Engine), mulai 2030.



"Kami akan menyemak semula insentif kewangan bagi menggalak pelaksanaan kereta elektrik dan pembangunan berkaitan monitor dalam segmen kenderaan lain, seperti motosikal dan kenderaan barangan.



"Kami akan mempercepatkan pengerahan pengecas Kenderaan Elektrik (EV) ke seluruh negara dan satu dalam tiga tempat meletak kereta di perumahan awam akan mempunyai pusat mengecas EV menjelang akhir tahun, dengan liputan sepenuhnya menjelang 2025.



"Kami berada di landasan tepat untuk menubuhkan 60,000 pusat mengecas menjelang 2030," ujar beliau.



Sementara itu, Encik Iswaran berkata MOT mahu melindungi ketersambungan Singapura dengan dunia serta kedudukan negara ini sebagai hab penerbangan dan maritim.



Ini akan dilakukan dengan melabur dalam prasarana penerbangan dan maritim negara sepanjang dua dekad akan datang.



MOT juga akan memperkukuh keupayaan dan meningkatkan produktiviti dalam sektor penerbangan dan maritim dengan mereka semula pekerjaan, memperdalam kemahiran, pendigitalan dan inovasi, katanya.



Encik Iswaran turut menyentuh tentang pengangkutan awam dalam adendumnya itu.



Kata beliau, pengangkutan awam kekal penting dalam sistem pengangkutan darat.



Menurutnya, ramai yang menyertai perbincangan latihan Melakar Hala Tuju Singapura, mengenal pasti dan menghargai peningkatan dalam sistem pengangkutan awam sejak dekad lalu, untuk menjadikan ia lebih mudah diakses, dipercayai dan inklusif.



"Pemerintah akan meluaskan rangkaian pengangkutan darat secara signifikan sejak dekad mendatang.



"Kita berada di landasan tepat untuk meluaskan rangkaian rel dengan sebanyak lagi 100 kilometer; apabila siap nanti, lapan dalam 10 rumah akan berada dalam masa 10 minit berjalan kaki ke sebuah stesen MRT," ujarnya.



Dalam pada itu, membentangkan adendumnya, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata kementeriannya akan memperkukuh keselamatan air dengan mengumpul setiap titisan air, menggunakan semula air dan melalui penyahgaraman.




"Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kita telah mengharungi badai yang merentas udara, laut dan darat. Hubungan rapat antara kesatuan, persatuan, pengendali pengangkutan dan Pemerintah telah membantu memupuk nilai saling percaya, yang menunjukkan kita boleh bergantung pada satu sama lain, terutamanya semasa dalam krisis."
- Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, mengulas mengenai misi Kementerian Pengangkutan untuk menghubungkan orang dengan tempat-tempat, baik di Singapura dan di luarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >