Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU dimeterai untuk pertingkat kecekapan profesional, perkukuh kajian tangani isu sosial

Nov 04, 2023 | 04:55 PM



Satu memorandum persefahaman (MOU) telah dimeterai bagi mempertingkat kecekapan profesional perkhidmatan sosial dan memperkukuh kajian dalam bidang relevan untuk menangani isu masyarakat setempat.

MOU itu ialah antara Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Antara bidang tumpuannya ialah memperhalusi kerjasama dalam penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan sektor perkhidmatan sosial dan pendidikan awal kanak-kanak, di samping memberi peluang bagi pengamal perkhidmatan sosial baru mendapatkan pengalaman nyata.

Ini diumum NCSS dalam satu kenyataan mengenai pemeteraian MOU tersebut di Majlis Anugerah dan Pengijazahan Perkhidmatan Sosial 2023 di Auditorium HDB pada Sabtu.

Lebih 560 lulusan Institut Perkhidmatan Sosial (SSI), siswa perkhidmatan sosial, felo perkhidmatan sosial dan kakitangan perkhidmatan sosial yang telah berkhidmat lebih 20 tahun diiktiraf atau diberi anugerah di majlis itu, yang juga menyambut ulang tahun ke-20 SSI.

Dalam ucapannya, tetamu terhormat, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata melalui MOU itu, SUSS dan pemerintah menandakan komitmen mereka untuk memperdalam kecekapan profesional perkhidmatan sosial.

“Kami akan bekerja rapat untuk merancang dan mereka latihan dan pendidikan, untuk menyokong pembangunan profesional bagi profesional perkhidmatan sosial dengan lebih baik dan memastikan kerelevanan profesional kami dalam mengorak langkah untuk memenuhi keperluan yang kian berubah,” ujar beliau.

Encik Masagos juga berkata MOU itu dapat memperkukuh lagi keterikatan penggubalan dasar dan penyelidikan agar penyelidikan yang dibuat “menangani isu-isu dalam konteks tempatan”.

Ini secara tidak langsung membantu dalam melakar dasar, program dan amalan, katanya.

“Kami percaya banyak perlu dipelajari dari negara lain di rantau ini untuk menyokong usaha kami mengukuhkan (institusi) keluarga di Singapura.

“Kami ingin menyatukan penggubal dasar, ahli akademik dan pengamal dari negara-negara ini, dan membina pengetahuan teguh bagi membantu kami menguatkan (institusi) keluarga dalam konteks kita,” jelas beliau.

Oleh itu, MSF dan SUSS akan menganjurkan bersama Sidang Keluarga Asia 2024 untuk “memupuk pertukaran idea sihat” dan memperdalam pengetahuan agar Singapura dapat “meningkatkan daya tahan keluarga di negara dan rantau ini”, umum Encik Masagos.


Buat julung-julung kalinya, majlis itu turut mengiktiraf individu yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan sosial sekurang-kurangnya 20 tahun.

Antara mereka ialah seorang Pegawai Latihan di Pergerakan bagi Golongan Kurang Cerdas Singapura (Minds), Encik Ramlan Rasidi.

Beliau mula berkhidmat di Minds pada 1997 dan telah menaburkan bakti hampir 26 tahun.

Bahkan, Encik Ramlan berkongsi kepada Berita Harian bahawa beliau tiada rancangan berhenti menaburkan bakti dalam tempoh terdekat.


“Apabila anda melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, anda boleh menyumbang jasa (tanpa rasa lelah).

“Oleh itu, saya percaya saya masih dapat menyumbang hinggalah saya pencen daripada Minds,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >