Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU sokong usaha tingkat kemahiran pekerja Melayu/Islam dimeterai

Kerjasama antara DPPMS dengan NTUC LHub bakal lakar laluan kerjaya progresif dengan ekosistem pembelajaran sepanjang hayat
Nov 19, 2023 | 06:57 PM



Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan NTUC LearningHub (NTUC LHub) kini menjalin kerjasama lebih erat untuk menyokong usaha mempertingkat kemahiran pekerja Melayu/Islam di sini.

Ini hasil pemeteraian satu memorandum persefahaman (MOU) pada Ahad oleh kedua-dua pihak sewaktu Karnival Pekerjaan dan Kemahiran @ South East di Wisma Geylang Serai (WGS).

MOU itu ditandatangani Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif NTUC LHub, Encik Jeremy Ong, sambil disaksikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Pemeteraian MOU tersebut turut disaksikan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Desmond Tan dan Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman.

MOU tersebut menetapkan rangka kerjasama baru dalam menyediakan masyarakat Melayu/Islam, tenaga kerja serta syarikat-syarikat laluan kerjaya yang progresif dan dilengkapi dengan ekosistem pembelajaran sepanjang hayat.

Ini sambil memanfaatkan pembiayaan tersedia yang ditawarkan oleh pemerintah, gerakan pekerja dan DPPMS.

Lebih penting lagi, kerjasama itu akan menyediakan penyampaian perkhidmatan peringkat akhir dalam peralihan pekerja kepada sektor pertumbuhan.

Dalam ucapannya di karnival yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Jawatankuasa Pekerjaan & Daya Kerja, Bidang Tumpuan Empat (FA4) M Kuasa Tiga (M³), Encik Tan berkata pemeteraian itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha NTUC meningkatkan kemahiran dan kehidupan pekerja.

Beliau menambah kerjasama dengan NTUC LHub merupakan satu langkah strategik ke arah menyelaraskan kemahiran masyarakat dengan permintaan pasaran pekerjaan yang semakin berkembang.

“NTUC LHub menawarkan pelbagai kursus dan program yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja moden, memastikan masyarakat kita bukan sahaja boleh diambil bekerja, tetapi juga berdaya saing dalam landskap pekerjaan yang pesat berubah,” katanya.

NTUC LHub akan memanfaatkan kepakarannya sebagai penyedia pembelajaran menyeluruh untuk menyusun dan menyampaikan program latihan yang memberi tumpuan kepada set kemahiran yang diperlukan pekerja Melayu/Islam. 

Semasa ditemui media, Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abdul Malik Hassan berkata kerjasama itu membantu menyediakan platform yang sesuai bagi masyarakat menggarap peluang mempertingkat diri serta kemahiran terutama dalam bidang yang mempunyai banyak permintaan seperti teknologi infokom (ICT) dan runcit. 

“Dengan adanya kerjasama ini, ia menyediakan peluang untuk para pekerja Melayu/Islam kita untuk meneroka pelbagai kursus yang akan ditawarkan NTUC LHub dan DPPMS bagi mempertingkatkan kemahiran mereka lagi,” katanya. 

Dianggarkan seramai 2,000 peserta yang telah menghadiri Karnival Pekerjaan dan Kemahiran @ South East, yang diadakan selama dua hari, sejak Sabtu.

Menyentuh tentang acara itu, Encik Fahmi berkata beliau berharap ia dapat mendekati pekerja Melayu/Islam yang pelbagai, daripada pekerja platform, golongan wanita yang kembali bekerja serta belia.


Beliau yang juga menerajui Jawatankuasa FA4 berkata:


“Kami berharap dapat membimbing dan melengkapkan tenaga kerja Melayu/Islam kita dengan kemahiran relevan yang mereka perlukan untuk bersedia menghadapi peluang dan cabaran ekonomi masa depan.


“Melalui acara ini juga, harapan saya ialah kami dapat mengukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan supaya kami dapat terus merapatkan pekerja kita kepada peluang pekerjaan yang ada dan meningkatkan keupayaan tenaga kerja kita melalui peningkatan kemahiran dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >