Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjelasan MSF: Lelaki buta berpenyakit ginjal sudah dibantu pelbagai pihak

Jun 16, 2018 | 10:32 PM



Keperluan seorang penduduk Toa Payoh buta dan berpenyakit ginjal yang mendapat perhatian ramai menerusi lampiran pos di Facebook baru-baru ini, telah ditangani pelbagai badan bantuan, jelas Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Beliau telah dirujukkan ke Pejabat Khidmat Sosial Toa Payoh (SSO) pada Februari lalu dengan badan itu mendapati dirinya tidak memerlukan Bantuan Jangka Panjang ComCare buat masa ini.



Sungguhpun begitu, akhbar The Straits Times melaporkan, SSO akan menilai semula keperluan lelaki berusia 59 tahun itu jika keadaannya sudah berubah bahkan akan bekerjasama dengan agensi dan badan kemasyarakatan lain demi menyokongnya, tambah MSF dalam satu lampiran pos Facebook hari ini.



MSF memberi respons itu sebagai mengulas pos tular yang dimuatnaikkan anggota Parti Rakyat Singapura(SPP), Encik Jose Raymond.



Encik Raymond telah berkongsi surat tersebut yang ditujukan MSF kepada penduduk berkenaan dan bertarikh 21 Mei. Dalam surat itu, ada disebut bahawa lelaki itu meminta bantuan menerusi Anggota Parlimennya, Encik Saktiandi Supaat.



Menurut surat itu, penduduk berkenaan menerima wang bulanan daripada simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



“Kerana anda mempunyai sumber pendapatan, kami tidak dapat membantu anda dengan bantuan kewangan,” demikian tertera dalam surat itu.



Dalam lampiran posnya, Encik Raymond mempersoal sebab mengapa permohonan bantuan jangka panjang penduduk yang sudah disahkan tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatan itu ditolak MSF.



“Hanya kerana beliau menerima wang bulanan sebanyak $620 daripada akaun CPF-nya sendiri, jumlah yang lebih tinggi daripada kadar bantuan awam buat individu sebanyak $500,” tulis Encik Raymond, meminta agar MSF menjelaskan rasional di sebalik langkah yang diambil.



Menurut Encik Raymond lagi, penduduk itu tidak mempunyai anak atau anggota keluarga yang boleh dijadikan sandaran.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai kes penduduk itu, MSF berkata wang bulanan $620 daripada akaun persaraan CPF itu cukup bagi tempoh tiga tahun dengan si lelaki turut menerima tambahan $550 sebulan daripada teman rapat yang menetap di luar negara.



Sebuah kuil Buddha juga membiaya sewa bulanan flat dua bilik HDB lelaki itu yang mencecah $50 sebulan di samping bayaran penyenggaraannya. Kos rawatan dialisis mingguan dan bayaran teksi ke pusat dialisis pula ditampung Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dengan lelaki itu juga menerima subsidi penuh bagi rawatan perubatan di Hospital Tan Tock Seng, kata MSF lagi.



Makanan dua kali sehari juga disediakan khidmat Jagaan Rumah Touch sementara Persatuan Bagi Golongan Cacat Penglihatan di Singapura pula menyediakan catuan bekalan makanan bulanan.



Bantuan kewangan turut diberi kepadanya oleh pertubuhan akar umbi Toa Payoh Central antara Februari dengan April tahun ini, kata MSF. SSO juga sedang bekerjasama dengan NKF bagi menyelidiki jika lelaki ini memerlukan lebih banyak sokongan sepanjang beliau berulang-alik dari rumah ke pusat dialisis bagi rawatannya.



Respons MSF ini diberi sehari selepas respons mengenai satu kes berasingan disampaikan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Kes itu melibatkan penduduk Potong Pasir yang dikatakan ditolak permohonan kerjanya sebagai pengawal keselamatan kerana didapati tidak cergas dan sempurna melakukan tugas itu di atas kesalahan silamnya.



Menurut MSF lagi, dana dan sokongan menyeluruh yang diberi pemerintah, masyarakat, keluarga dan teman kepada pemohon diambil kira dalam menilai sejauh mana dia memerlukan Bantuan Jangka Panjang ComCare, selain melihat keperluannya.



Bantuan Jangka Panjang ComCare itu memberi sokongan jangka panjang kepada sesiapa yang tidak boleh bekerja kerana usia lanjut, penyakit atau ketidakupayaan, tiada sumber pendapatan atau terbatas pendapatannya serta tiada atau kurang sokongan keluarga.



“Ini menggambarkan pendekatan berupa kerjasama kami yang melibatkan masyarakat dan keluarga,” kata MSF.



Ia juga menambah bahawa orang awam yang tahu tentang sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian hotline ComCare di talian 1800-222-0000 atau kunjungi SSO kendalian MSF atau Pusat Khidmat Keluarga bagi bantuan seterusnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >