Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF umum 7 anggota baru Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam mengumumkan penambahan tujuh anggota baru ke Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga (CBD) untuk tahun 2021.



Anggota-anggota tersebut akan berkhidmat bagi penggal dua tahun.



CBD ditubuhkan oleh MSF untuk menggalak lebih ramai wanita menyertai lembaga syarikat tersenarai, lembaga berkanun dan Institusi Bertaraf Awam (IPC).



Menurut kenyataan MSF semalam, perubahan terbaru akan melibatkan sepertiga anggota majlis itu dan memberi peluang memanfaatkan perspektif segar dan pandangan yang berharga.



Anggota-anggota baru itu ialah Pengerusi Majlis Badan Amal dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Encik Gerard Ee; Pengerusi SATS Ltd dan Institut Pengurusan Singapura, Cik Euleen Goh; Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat Encik Lim Hock Yu; Pengerusi ComfortDelGro Corporation, VICOM, dan SBS Transit, Encik Lim Jit Poh; Pengarah Eksekutif Far East Organisation, Encik Jonathan Ng; Pengerusi Sunseap Group, Encik Robert Yap; dan Pengarah USME, Cik Yeo Wan Ling, yang Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol.



Penaung CBD, Presiden Halimah Yacob, berkata perwakilan wanita dalam lembaga dan kepimpinan adalah penting bagi organisasi di sektor swasta, orang ramai dan awam.



"Pandemik ini telah menonjolkan pentingnya kepelbagaian dalam kepimpinan.



"Adanya individu dengan pelbagai pengalaman, kemahiran dan perspektif membolehkan organisasi menjadi lebih baik dalam mencari peluang dan waspada terhadap risiko yang berpotensi," kata Puan Halimah.



Walaupun golongan wanita telah maju dengan pesat dalam pelbagai sektor sejak beberapa dekad lalu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata:



"Terdapat lebih banyak yang masih boleh dilakukan untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam kedudukan kepimpinan."



Kehadiran pengarah wanita berkelayakan ialah ukuran mutu pentadbiran dan budaya korporat, tambahnya.



"Oleh itu, masyarakat, perniagaan dan majikan harus memainkan peranan mereka untuk menyokong wanita dan memberi mereka peluang memegang jawatan kepimpinan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >