Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia rakan kongsi terdekat S'pura: Vivian

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata Malaysia merupakan rakan kongsi terdekat Singapura, dan dua negara itu telah banyak bekerjasama sepanjang pandemik Covid-19.



Menulis di Facebooknya semalam, beliau berkata:



"Malaysia adalah rakan kongsi terdekat kita dan kita (dua negara) telah saling menyokong antara satu sama lain terutamanya sepanjang tempoh tiga tahun wabak (Covid-19) ini.



"Hubungan sesama rakyat membentuk asas hubungan dua hala kita yang erat."



Dr Balakrishnan sedang dalam rangka lawatan empat hari ke negara jiran itu bermula Ahad lalu.



Lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan rapat antara kededua negara itu di samping mempererat lagi kerjasama dua hala dengan kerajaan baru Malaysia.



Semalam, beliau bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Selain itu, Dr Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan empat menteri Kabinet Malaysia lain.



Mereka adalah Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad.



Beliau juga mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik dan tokoh Malaysia lain, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya sebelum ini.



Kelmarin, Dr Balakrishnan telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dengan dua pemimpin itu mengesahkan hubungan baik antara kedua-dua negara itu dan komitmen mereka untuk memperkukuh kerjasama dua hala.



Pertemuan itu, yang diadakan di Istana Negara.



Dr Balakrishnan turut bertemu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Semasa pertemuan itu, Dr Balakrishnan dan Datuk Zambry telah membuat penilaian mengenai hubungan dua hala Singapura dengan Malaysia, ujar MFA.



Ini termasuk membincangkan tentang kemajuan baik projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijadual memulakan perkhidmatannya menjelang akhir 2026.



"Kedua-dua menteri itu juga membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh mengembangkan kerjasama dua hala, termasuk dalam bidang baru seperti ekonomi digital dan hijau," kata MFA.



Dr Balakrishnan turut mengundang Datuk Zambry untuk membuat lawatan rasmi ke Singapura.



Kerajaan baru Malaysia dibentuk pada hujung November lalu setelah pilihan raya umum ke-15 (PRU) pada November lalu. Ia diterajui Datuk Anwar yang juga ketua Pakatan Harapan (PH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >