KORONAVIRUS
M'sia umum 110 kes baru, 63 berkaitan majlis agama di KL
Ini catatan lebih 100 kes baru buat hari kelima berturut-turut
Mar 20, 2020 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan 110 kes positif Covid-19 baru semalam - 63 daripadanya mempunyai kaitan dengan kelompok perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling - menjadikan jumlah keseluruhan kepada 900 kes.
Ini juga menandakan Malaysia mencatat lebih 100 kes baru buat hari kelima berturut-turut, sejak 15 Mac lalu.