Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MTI: Ekon S’pura tumbuh 3.6% pada 2022

Feb 13, 2023 | 10:00 PM



EKONOMI Singapura tumbuh sebanyak 3.6 peratus pada 2022, rendah sedikit berbanding kadar 3.8 peratus yang dianggarkan sebelum ini, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (13 Feb).


Membentangkan Tinjauan Ekonomi Singapura 2022 di satu sidang media, Setiausaha Tetap Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gabriel Lim, berkata pertumbuhan ekonomi bagi 2022 secara keseluruhan juga lebih perlahan berbanding pertumbuhan ekonomi pada 2021.


Pada 2021, ekonomi Singapura tumbuh 8.9 peratus, dengan kadarnya telah disemak daripada 7.6 peratus yang diumumkan pada Februari tahun lalu untuk mengambil kira semakan dan kemas kini data daripada pelbagai sumber termasuk tinjauan tahunan mengikut sektor yang dijalankan tahun lalu.


Sementara itu, Singapura telah mengekalkan ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura antara 0.5 dengan 2.5 peratus bagi 2023.


Dalam suku terakhir 2022, MTI berkata ekonomi Singapura tumbuh sebanyak 2.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, lebih rendah berbanding ramalan awal MTI sebanyak 2.2 peratus.


Ini juga lebih perlahan berbanding pertumbuhan sebanyak 4 peratus pada suku ketiga berbanding tempoh yang sama pada 2021.


Sementara itu, ekonomi Singapura tumbuh sedikit sebanyak 0.1 peratus pada suku keempat tahun lalu berbanding suku sebelumnya, dengan disesuaikan mengikut musim, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 0.8 peratus pada suku ketiga. 


“Pertumbuhan GDP tahun lalu didorong terutamanya oleh perdagangan borong, perkilangan dan sektor perkhidmatan yang lain.”


Menerusi satu kenyataan yang berasingan pada Isnin, Enterprise Singapura (EnterpriseSG) berkata eksport domestik bukan minyak (Nodx) naik sebanyak 3 peratus pada 2022.


Ini jauh lebih rendah berbanding kenaikan sebanyak 12.1 peratus pada 2021.


Menurut EnterpriseSG, ini disebabkan jumlah penghantaran produk elektronik dan bukan elektronik yang lebih tinggi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >