Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mual dan trauma jumpa lipas dalam nasi, Pepper Lunch minta maaf

Aug 08, 2023 | 05:13 PM



Seorang lelaki mengadu nasib di media sosial setelah anak perempuannya terjumpa lipas dalam makanan Pepper Lunch yang dipesan menerusi wadah penghantaran makanan GrabFood.

Dalam satu pos Facebook pada Sabtu, pengguna media sosial Lee Steven berkata anak perempuannya telah memesan nasi Pepper Lunch mengandungi ayam daripada cawangan di CompassOne, Sengkang.

“Setelah beberapa suap, beliau perasan terdapat lipas dalam mangkuk itu yang kelihatan dimasak, beliau rasa sangat trauma dan mual,” tulisnya.

Gambar yang dilampirkan dalam pos itu menunjukkan serangga tersebut dalam mangkuk nasi.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Encik James Tham, pengurus besar divisyen pasaran dan rekaan Hot Palette (Asia-Pasifik) yang menguruskan Pepper Lunch berkata setelah dimaklumkan mengenai kes itu pada 11 malam pada Sabtu, pengurus kawasan bersama pasukannya mendapatkan bantuan syarikat pengurusan serangga perosak.


Pada 9 pagi keesokan hari, syarikat pengurusan serangga perosak tiba di restoran dan selesai pemeriksaan serta rawatan sebelum cawangan dibuka.

Menurut beliau, cawangan itu diperiksa lagi pada 4 petang walaupun kakitangan cawangan memerhati “tiada tanda kegiatan serangga perosak”.

Pepper Lunch telah menyemak laporan pengurusan serangga perosak yang sesudah bagi cawangan lain pada Isnin dan mendapati bahawa “semua kawalan ditetapkan, tiada kegiatan serangga perosak dilaporkan”, katanya.

Cawangan Compass One juga tidak melaporkan sebarang isu serangga perosak sepanjang tiga bulan lalu, tambah Encik Tham.

“Pasukan perkhidmatan pelanggan Pepper Lunch telah menghubungi pelanggan tersebut pada Isnin, dan meminta maaf.

“Pelanggan juga telah dibayar balik bagi pesanannya menerusi wadah penghantaran Grab,” tambahnya.

Pepper Lunch meminta maaf kepada pelanggan sambil berkata pihak pengurusan memandang serius kebersihan, keselamatan dan mutu makanan dan akan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bersama vendor pengurusan perosak bagi mengelak kejadian sebegitu pada masa depan.

Dalam jawapan kepada BH, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata ia sedang menyiasat kejadian tersebut.

Agensi itu berkata:

“Sementara SFA menetapkan dan menguatkuasakan langkah-langkah pengawalseliaan, pengendali makanan perlu memainkan peranan mereka dengan mematuhi amalan persiapan dan kebersihan makanan yang baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >