SETIAP Ramadan, Darul Arqam mengadakan program dan sesi berbuka puasa bersama anggota dan mualaf setiap Sabtu supaya mereka dapat mengeratkan lagi silaturahim.
Pengurus besar persatuan, Encik Zainal Abidin Nordin, berkata lazimnya syarahan agama berbahasa Inggeris diadakan. Jamuan buka puasa, solat isyak dan tarawih juga diadakan pada hari tersebut.