Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mudah tempah slot, anak juga tak buat hal

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



Suntikan vaksin untuk murid Darjah 1 hingga 3 bermula kelmarin di 15 pusat vaksinasi kanak-kanak yang ditetapkan. Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 sebelum ini melaporkan bahawa vaksinasi untuk kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun sedang dilancarkan secara progresif dan ia merupakan salah satu tunggak utama perjuangan negara melawan Covid-19, yang lebih didesak akibat gelombang varian Omicron. BERITA HARIAN (BH) bercakap dengan beberapa ibu bapa serta anak mereka yang telah mengambil langkah untuk melindungi diri mereka.



CIK Norliyana Mustaffa, 37 tahun, dengan segera menempah slot suntikan vaksin untuk anak sulungnya, Muhammad Rafa Qusyairi Md Rifqi, apabila menerima mesej pada Rabu lalu bahawa anak sulungnya, lapan tahun, layak menerima vaksin di Kelab Masyarakat Nee Soon East.



Cik Norliyana berkata kepada Berita Harian (BH) beliau mengambil kurang lima minit untuk menempah slot bagi Muhammad Rafa.



Beliau telah menempah untuk hari seterusnya pada 3 petang, selepas murid darjah dua itu pulang dari Sekolah Rendah Hua Min.



Sebagai pegawai klinik, beliau telah melakukan kajiannya sendiri untuk lebih memahami jika suntikan vaksin selamat untuk anaknya itu.



"Saya ada bertanya doktor juga, dia kata lebih baik jika anak saya ambil. Sebab mereka lebih kecil, jadi dos vaksin juga kurang supaya sesuai untuk kanak-kanak.



"Selepas itu saya pun kurang bimbang dan lebih yakin untuk menghantar anak saya menerima suntikan vaksin," jelas ibu dua anak itu.



Memandangkan anaknya kurus, Cik Norliyana juga meluahkan kebimbangan kepada doktor jika suntikan itu akan terkena tulang anaknya, namun beliau telah diyakinkan bahawa anaknya selamat menerima vaksin.



Muhammad Rafa telah ditemani oleh bapanya, Encik Md Rifqi Abdul Jalil, 39 tahun, sementara Cik Norliyana tunggu di luar.



"Saya memberitahunya jangan bimbang dan saya tahu dia berani juga," ujar Encik Md Rifqi, pemandu kenderaan sewa privet.



Memberi reaksinya, Muhammad Rafa, berkata: "Saya tidak rasa takut dan suntikannya tidak sakit. Dengan suntikan ini, saya ghairah untuk melancong ke Lego Land."



Turut menunggu di luar dewan vaksinasi itu adalah Cik Izah Cuyno, 37 tahun, bersama anaknya berusia setahun.



Cik Izah meluahkan bahawa beliau berasa beruntung kini terdapat suntikan vaksinasi untuk kanak-kanak kecil.



"Saya tidak dapat berada di sisinya 24 jam. Saya tidak tahu dengan siapa anak saya bergaul, atau jika dia membuka pelitup muka sebentar dan orang di sebelahnya dijangkiti virus ini, sudah tentu saya bimbang.



"Tetapi dengan vaksin ini, ia pendekatan baik untuk keselamatan anak-anak dan saya pun kurang bimbang," jelas suri rumah dua anak itu yang berkata beliau menggalak anaknya, Nur Isha Alleyah Mohamed Izwandy, tujuh tahun, dari Sekolah Rendah Naval Base, untuk mengambil vaksin.



Suami Cik Izah, Encik Izwandy Abdul Aziz, 36 tahun, yang telah menemani Nur Isha berkata semuanya berjalan dengan lancar.



"Saya menasihatinya suntikan itu tidak sakit, hanya gigitan kecil dan selepas suntikan, beliau akan menjadi kuat," kata pengurus cawangan makanan dan minuman itu.



Selepas suntikan itu, Nur Isha berkata: "Saya tidak takut, dan jururawat juga ada berikan anak patung untuk peluk. Saya ada lihat kawan-kawan lain nangis tapi saya beritahu mereka supaya jangan takut!"



Bapanya juga berkata anaknya itu kelihatan berani dan menyaksikan jarum itu sewaktu disuntik.



Satu lagi murid darjah tiga dari Sekolah Rendah Naval Base, Indah Maisarah Abdullah berkata suntikan tersebut tidak sakit walaupun sebelum disuntik, beliau akur berasa takut sedikit.



Ibunya, Cik Siti Mashitah Abdullah, 29 tahun, yang telah menemani anaknya menerima suntikan itu berkata:



"Saya tidak ada apa-apa kebimbangan kerana ini digalakkan oleh pemerintah. Hanya sekarang, saya bimbang jika anak saya jatuh sakit ataupun apa-apa kesan sampingan lain," ujar suri rumah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >