PENGETAHUAN asas agama penting diterap kepada anak-anak seawal mungkin sebagai mempersiapkan benteng kehidupan mereka daripada unsur dan pengaruh tidak sihat kelak, kata Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram.
Namun, bimbingan asas agama itu tidak mencukupi, nilai murni yang membentuk jiwa beragama juga perlu disemai, jelasnya lagi.