Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti Sri Lanka lawat Geylang Serai CC tinjau hubungan antara kaum, agama

Jul 10, 2019 | 05:30 AM



SEKUMPULAN asatizah dari Sri Lanka, termasuk Mufti negara itu, telah mengunjungi Kelab Masyarakat (CC) Geylang Serai semalam, untuk mempelajari cara kelab masyarakat itu menjalin hubungan antara kaum dan agama.



Mufti Mohammed Ibrahim Mohammed Rizwe dan rombongan tiga ustaz, seorang konsultan dan seorang pegawai masjid bertemu penasihat akar umbi GRC Marine Parade, Profesor Fatimah Latif, yang turut mengadakan sesi perkongsian ringkas tentang kegiatan masyarakat di CC itu, termasuk usahanya mempelbagaikan ruang yang dikongsi.



Bercakap dengan Berita Harian selepas sesi itu, Mufti Mohammed Rizwe berkata beliau berharap untuk berkongsi pengalamannya di Singapura itu dengan golongan asatizah di Sri Lanka.



"Antara pesanan paling ketara yang dikongsi Profesor Fatimah ialah menjalin hubungan silang agama dan kaum memerlukan kerjasama setiap pihak berkepentingan dan perlu dilakukan secara berterusan," kata Mufti Mohammed Rizwe, yang juga Presiden All Ceylon Jamiyyatul Ulama, badan Islam tertinggi di Sri Lanka, yang mempunyai lebih 7,000 anggota.



Profesor Fatimah berkata beliau hanya mampu berkongsi cara proaktif yang diamalkan pemimpin akar umbi dan relawan di kelab masyarakat itu, dalam usaha mempelawa penduduk berbilang bangsa dan agama berinteraksi dan melakukan kegiatan bersama.



"Ini bukan kali pertama kami berkongsi pengalaman kami dalam usaha ini dan kami berharap pengalaman yang diraih bermanfaat bagi Mufti Mohammed Rizwe dan rombongannya itu," ujar Profesor Fatimah.



Asatizah dari Sri Lanka itu tiba di Singapura sejak Ahad lalu dan akan berada di sini sehingga esok.



Selain melawat Geylang Serai CC, mereka juga telah melawat Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) di Masjid Khadijah dan dijadualkan mengunjungi Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah dan Masjid Ba'alwie di Lewis Road hari ini.



April lalu, Sri Lanka dikejutkan dengan siri serangan bom oleh pengganas yang dilakukan serentak ke atas gereja dan hotel mewah di Colombo, ibu kota negara itu, sempena perayaan Easter. Sejumlah 295 nyawa terkorban, dengan lebih 500 cedera.



Serangan pengganas itu juga menjejas hubungan antara masyarakat silang agama di negara itu, yang kebanyakannya beragama Buddha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >