Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: 19 masjid terus tawar 2 zon, 47 masjid lain tawar 50 ruang setiap sesi

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



SEJAJAR dengan langkah-langkah keselamatan nasional bagi tempat-tempat ibadah, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata 19 masjid setempat akan terus menawarkan dua zon bagi setiap sesi solat bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya atau menjalani ujian Covid-19.



Lain-lain 47 masjid akan terus menawarkan 50 ruang solat bagi setiap sesi, tambah Muis.



Dalam kenyataannya, Muis juga mengingatkan golongan terdedah terutamanya jemaah lanjut usia yang belum mendapatkan vaksin untuk melaksanakan solat di rumah sepanjang tempoh risiko tinggi ini.



"Ini adalah kelonggaran rukhsah yang telah diberikan oleh pemimpin agama kita," ujar kenyataan itu.



Muis menambah, masyarakat Islam di sini harus bersyukur bahawa masjid-masjid setempat terus menjadi tempat selamat untuk beribadah, dengan langkah-langkah diletakkan bagi mengurangkan risiko jangkitan.



"Kita juga harus bersyukur bahawa kita sama-sama melindungi satu sama lain menerusi tingkah laku kita yang bertanggungjawab," kata Muis lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >