Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih $1 juta bagi pendidikan agama Islam saudara baru

May 26, 2018 | 04:26 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Darul Arqam telah melanjutkan perjanjian selama lagi tiga tahun demi memberi sokongan yang berterusan kepada saudara baru dalam satu Majlis Menandatangani Perjanjian yang berlangsung di Hab Islam Singapura pada Jumaat 25 Mei 2018.



Perjanjian tersebut dimeterai oleh Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar dan Presiden Darul Arqam, Encik Muhd Imran Kuna Abdullah sambil disaksikan pegawai kanan dari kedua pihak.



Di dalam perjanjian tersebut, Muis akan menyumbang dana sebanyak $1 juta antara 2018 hingga 2020. Jumlah ini adalah 23 peratus lebih tinggi dari yang sebelumnya. Dana tersebut akan digunakan untuk mengurus pentadbiran dan menerajui pendidikan agama Islam bagi saudara baru.  Menerusi perjanjian baru ini, Muis dan Darul Arqam bakal meneruskan kerjasama yang bermula sejak tahun 2005 untuk memenuhi tanggungjawab serta memberi khidmat kepada saudara baru.



“Perjanjian yang ditandatangani bersama Persatuan Darul Arqam ini menunjukkan komitmen utuh kami untuk bekerjasama rapat dengan badan-badan Melayu/Islam bagi memenuhi perkhidmatan yang diperlukan masyarakat. Bagi tujuan ini Darul Arqam telah bekerjasama rapat dengan Muis dalam menyediakan khidmat kepada golongan saudara baru dari segi pendidikan agama dan rangkaian sokongan.



Darul Arqam melakukan demikian dengan menggunakan kepakaran mereka untukmemenuhi tanggungjawab Muis bagi memastikan zakat yang dikumpul Muis dapat memanfaatkan golongan saudara baru, salah satu daripada lapan asnaf iaitu Muallaf yang berhak menerima agihan zakat,”ujar  Haji Abdul Razak.



Encik Muhd Imran  pula berkata: “Persatuan Darul Arqam amat mengalu-alukan perjanjian bersama Muis ini. Muis merupakan rakan kongsi kami yang penting dalam memastikan perkhidmatan kami kepada para saudara baru di Singapura dapat terus didukung dan terus mendapat sokongan yang diperlukan. Kami juga ingin melahirkan penghargaan kami kepada Muis atas komitmennya yang berterusan dan kepercayaannya terhadap Persatuan Darul Arqam.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >