Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih lebih $4j pendapatan wakaf, 3% lebih tinggi tahun ini

Jun 15, 2022 | 04:55 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan lebih $4.1 juta daripada pendapatan wakaf kendaliannya kepada pelbagai benefisiari tahun ini, tiga peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.



Dalam pada itu, dana yang disalurkan kepada pertubuhan dan badan amal Islam pula ditambah kepada $403,485 - 40 peratus lebih tinggi berbanding agihan tahun sebelumnya bagi menyokong pengendalian program dan inisiatif, menurut Muis dalam kenyataannya pada Rabu (15 Jun).



Tambahnya, bantuan tersebut diagihkan berdasarkan keperluan masyarakat berbeza merangkumi lima kategori utama - pemerkasaan sosial; kesejahteraan fizikal dan mental; perlindungan, pemulihan dan makan minum; kemanusiaan; dan persekitaran.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata agihan lebih tinggi itu disebabkan pendapatan lebih tinggi yang diraih tahun lalu melalui langkah proaktif anak syarikat Muis, Warees Investments, dalam menguruskan wakaf.



Daripada jumlah keseluruhan $4,117,524 yang akan diagihkan tahun ini, $2,896,083 disalurkan kepada benefisiari setempat manakala baki $1,221,441 akan disalurkan kepada benefisiari asing.



Menurut Muis, enam madrasah sepenuh masa di sini serta madrasah sambilan di masjid akan menerima lebih $480,000 tahun ini. 



Sebanyak $1,179,481 pula akan diagihkan kepada 21 masjid termasuk membiayai keperluan operasi harian, program, serta kerja peningkatan dan ubah elok masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >