Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis akan agih $3.7j zakat akhir tahun

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan sejumlah $3.7 juta wang zakat menerusi pengagihan akhir tahun (YED) kepada 6,600 isi rumah berpendapatan rendah tahun ini.



Jumlah ini lebih tinggi berbanding sekitar $3.5 juta yang diagihkan pada 2021.



Menurut Muis dalam kenyataannya petang semalam, "hal ini dapat dilakukan kerana adanya sokongan padu masyarakat menerusi pungutan zakat".



Menurut badan itu lagi, YED adalah sokongan kewangan tambahan untuk golongan penerima zakat Muis, selain bantuan zakat secara bulanan yang telah diterima mereka.



Muis mengagihkan sekitar $1.3 juta zakat setiap bulan kepada 5,000 isi rumah berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan kewangan.



"Hujung tahun selalunya adalah masa di mana keluarga merancang dan membuat perkiraan perbelanjaan mereka untuk tahun mendatang dan ia boleh menjadi suatu proses mencabar dan memberi tekanan kepada penerima zakat kami, terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah.



"Muis benar-benar percaya dalam memastikan penerima zakat menerima sokongan tambahan dalam tempoh ini," ujar Muis lagi.



Sejak 2012, Muis telah mengagihkan YED yang bertujuan menambahkan wang belanja untuk penerima zakat sebelum penggal baru persekolahan bermula.



Muis menjelaskan bahawa YED juga merangkumi bantuan 'Reqab' (Pendidikan) kira-kira $560,000 untuk keluarga dengan anak berusia 18 tahun dan ke bawah.



Memberikan contoh, bagi sesebuah keluarga lima orang, dengan tiga anak berusia lima hingga 12 tahun di mana keluarga ini aktif menerima bantuan tahun ini, boleh menerima sehingga $840 menerusi bantuan kewangan dan YED.



Jelas Muis, kira-kira 7,700 kanak-kanak berpeluang memanfaatkan bantuan YED - bertujuan mengurangkan bebanan belanja pendidikan dan pembangunan mereka.



Penerima zakat yang layak akan dimaklumkan menerusi surat dan boleh menerima bantuan tambahan ini dalam masa tiga hingga empat minggu mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >