Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis buka permohonan haji di portal MyHajSG mulai 21 Feb

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan membuka permohonan haji baru bagi jemaah haji tempatan di portal MyHajSG mulai 21 Februari ini.



Sebelum ini, permohonan itu telah dihentikan selama lebih dua tahun.



Ini menyusuli penularan Covid-19 yang telah mendorong penangguhan ibadah haji di peringkat global.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sejajar dengan langkah terbaru itu, Muis akan membuka portal MyHajSG bagi orang ramai membuat permohonan haji itu.



Dalam catatan di Facebooknya semalam, Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, berkata:



"Muis akan membuka portal tersebut untuk permohonan haji yang baru pada 21 Feb 2023.



"Perkhidmatan (pendaftaran haji) ini telah digantung selama lebih dua tahun, menyusuli penangguhan haji akibat pandemik.



"Dengan portal (MyHajSG) baru ini, pemohon kini boleh melihat status permohonan mereka, meminda butiran pendaftaran serta membuat pembayaran secara langsung, mengikut keselesaan mereka.



"Saya harap portal ini akan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik dan mempersiapkan bakal jemaah haji kita dengan lebih awal untuk menunaikan haji mereka."



Portal pendaftaran haji baru itu dilancarkan pada September lalu dan merupakan satu wadah sehenti bagi memberi akses lebih mudah dan lancar dalam menguruskan permohonan bagi jemaah haji Singapura.



Ia antara lain membolehkan pendaftar melihat berapa ramai individu di hadapan mereka menurut urutan.



Pendaftar boleh log masuk menggunakan Singpass di laman MyHajSG di www.haj.muis.gov.sg untuk melihat status pendaftaran haji mereka pada bila-bila masa.



Encik Masagos menulis catatan Facebook itu menyusuli pertemuannya dengan Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah, sempena lawatan beliau selama empat hari ke Arab Saudi bermula semalam.



Encik Masagos memimpin delegasi Singapura dalam Persidangan dan Pameran bagi Khidmat Haji dan Umrah di Jeddah.



Dilaporkan di Berita Harian sebelum ini bahawa sekitar 35,000 jemaah Singapura kini dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji.



Muis menggalak jemaah yang belum mengemas kini butiran mereka untuk berbuat demikian dengan segera.



Menurut Muis, langkah itu penting demi memastikan pendaftar sedia ada boleh dihubungi apabila tiba giliran mereka menunaikan haji.



Muis melihat pendaftaran haji di Singapura meningkat secara mendadak setelah kerajaan Saudi mengurangkan tempat haji secara drastik pada 2012 untuk menampung kerja ubah suai besar-besaran di Masjidil Haram.




 "Dengan portal (MyHajSG) baru ini, pemohon kini boleh melihat status permohonan mereka, meminda butiran pendaftaran serta membuat pembayaran secara langsung, mengikut keselesaan mereka.



Saya harap portal ini akan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik dan mempersiapkan bakal jemaah haji kita dengan lebih awal untuk menunaikan haji mereka."



- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu catatan Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >