Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH PANEL PROPERNIAGAAN PERSEKUTUAN PERNIAGAAN S'PURA

Muis diiktiraf permudah firma dapat sijil halal

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memudahkan keperluan pensijilan halal, terutama bagi perniagaan kecil, diiktiraf semalam apabila ia meraih Anugerah Inisiatif Pro-Perniagaan (Perak) dalam majlis Anugerah Panel Properniagaan-Persekutuan Perniagaan Singapura (PEP-SBF) tahun ini.



Anugerah yang dimenangi Muis itu mengiktiraf pegawai atau pasukan sektor awam yang proaktif dalam memulakan perubahan properniagaan.



Perubahan yang dilaksanakan telah berhasil meningkatkan mutu perkhidmatan, mengurangkan kos pematuhan perniagaan dan membolehkan lebih banyak perniagaan untuk menyertai pasaran untuk sama-sama bersaing sama rata dan berinovasi.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen hadir di Conrad Centennial Singapore untuk menerima anugerah itu dari Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong semalam.



Pengarah Pembangunan Halal Muis, Encik Zalman Ali, ketika dihubungi Berita Harian, berkata:



"Saya berasa gembira bahawa usaha Muis untuk menambah baik dan mengubah sistem dan proses kawal selianya diiktiraf dan dihargai oleh kedua-dua sektor awam dan swasta. Ia menunjukkan kepentingan industri halal dalam ekonomi Singapura."



Pensijilan halal yang dikemas kini itu adalah hasil usaha pasukan halal Muis yang mendekati pemegang sijil halal untuk memahami kesukaran peniaga dan mendapatkan maklum balas tentang bagaimana ia dapat memudahkan proses pensijilannya. Ini lebih-lebih lagi ketika banyak perniagaan terjejas semasa pandemik Covid-19. Sesi pendekatan tersebut menyaksikan semakan pada keperluan pensijilan halal Muis.



Muis juga telah melancarkan sistem yang dipertingkat untuk menggabungkan ciri baru seperti penyerahan pembaharuan automatik yang membolehkan perniagaan membuat persediaan awal untuk pembaharuan pensijilan halal mereka. Ciri ini membantu perniagaan menjimatkan masa dan usaha.



Encik Zalman menambah bahawa fokus utama Muis bagi pensijilan halal adalah untuk memberikan jaminan kepada pengguna Muslim tentang makanan halal.



"Anugerah ini akan mendorong Muis untuk memulakan lebih banyak usaha bagi memastikan masyarakat Islam akan terus menaruh kepercayaan penuh terhadap integriti pensijilan halal di Singapura kerana prosesnya yang mantap," ujar beliau.



"Dengan lebih banyak langkah properniagaan, ia akan memudahkan pematuhan yang lebih baik oleh perniagaan dan meningkatkan piawaian halal dalam industri halal. Ia juga akan menarik lebih banyak perniagaan untuk memasuki industri halal dan seterusnya, menyediakan lebih banyak pilihan makanan halal untuk pengguna dan lebih banyak produk halal tempatan dapat dieksport ke luar negara," kata Encik Zalman lagi.



Selain Muis, 18 lagi anugerah merentasi empat kategori disampaikan kepada individu, perniagaan, persatuan dan dewan perdagangan, dan agensi sektor awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >