Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis komited perkukuh sektor asatizah, lahir asatizah disegani: Masagos

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



ASATIZAH setempat boleh menjangka lebih banyak peluang untuk maju dan berkembang dalam kerjaya mereka kerana Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus memperkukuh sektor asatizah dan institusi agama, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini termasuk mempertingkat daya profesional sektor asatizah dan usaha memupuk graduan baru supaya menjadi asatizah yang memberikan inspirasi.



Encik Masagos berkata demikian semasa mengulas pertemuannya dengan pelajar Singapura di Madinah, Arab Saudi dan Kahirah, Mesir baru-baru ini.



"Saya memberi jaminan bahawa Muis komited untuk memperbaiki tahap profesionalisme sektor asatizah, memperkukuh institusi kita, dan melahirkan lapisan asatizah masa depan yang disegani.



"Usaha-usaha ini dijangka membuka peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan bagi sektor asatizah," kata Encik Masagos lagi.



Beliau turut menggalak pelajar-pelajar yang ditemuinya agar merebut peluang yang tersedia dan menyumbang kepada masyarakat pada masa akan datang.



Menurut Encik Masagos, meskipun para pelajar ini jauh di rantauan, Encik Masagos berkata mereka terus mengikuti perkembangan terkini di Singapura seperti pemansuhan Seksyen 377A baru-baru ini.



"Kami mengakui peranan genting Pejabat Mufti dan golongan asatizah kita dalam membimbing masyarakat Islam menangani isu-isu kompleks seperti ini.



Encik Masagos berkata kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-elajar tersebut untuk menjadi rakyat yang aktif amat menggalakkan.



"Saya gembira para pelajar kita bersedia untuk menjadi warga yang aktif berkongsi ilmu, masa dan kepakaran demi maslahat masyarakat Muslim dan perpaduan sosial negara kita," kata Encik Masagos.



"Semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan saya mengalu-alukan sumbangan mereka kepada masyarakat sebagai asatizah kita, satu hari nanti."



Menurut Encik Masagos, hampir semua 50 pelajar Singapura di Madinah menuntut di Universiti Islam Madinah.



Sebahagian besar daripada lebih 200 pelajar Singapura di Kahirah pula menuntut di Universiti Al Azhar.



Encik Masagos berada di Saudi bagi lawatan empat hari bermula 9 Januari lalu.



Menyusuli itu, beliau telah mengadakan kunjungan ke Mesir yang berakhir hari ini.



Di Saudi, Encik Masagos telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah, di Jeddah.



Beliau juga menandatangani perjanjian haji dengan Dr Tawfiq semasa menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah dan menyusuli acara itu, mengumumkan Singapura mendapat kuota haji 900 jemaah tahun ini, sama dengan peruntukan yang diberikan sebelum pandemik.



Dalam kenyataannya awal minggu ini, Muis berkata ia akan memperuntuk 900 tempat haji pada tahun ini kepada bakal jemaah haji yang telah mendaftar untuk menunaikan haji di Sistem Pendaftaran Haji Awal (AHRS) dan mampu memenuhi syarat dan keperluan haji 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >