Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis lancar skim untuk bantu keluarga ketepikan wang bagi ahli keluarga berkeperluan khas

Apr 07, 2018 | 02:35 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan memperuntukkan $1 juta bagi menggalak keluarga Muslim berpendapatan rendah dan pertengahan memulakan tabung amanah bagi anggota keluarga yang berkeperluan khas.



Mengumumkan demikian semasa berucap di Seminar Pelan Kerja Muis di Hab Islam Singapura pagi tadi, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata sekitar 100 keluarga dijangka meraih manfaat daripada dana itu yang akan digunakan sebagai modal permulaan bagi menubuhkan tabung amanah itu dengan Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC).



Tabung amanah itu memerlukan dana permulaan minimum $5,000.



Tabung amanah itu juga membolehkan ibu bapa dan waris mengetepikan wang bagi kegunaan anggota keluarga berkeperluan khas, selepas mereka meninggal dunia.



Skim itu akan dibiayai Muis dengan dana yang disumbang kepada Baitulmal daripada harta warisan yang tidak dituntut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >