Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis lantik Jawatankuasa Fatwa baru: Seorang anggota penuh baru, 7 anggota bersekutu baru

Jan 26, 2023 | 08:05 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah melantik Jawatankuasa Fatwa baru dengan seorang lantikan baru sebagai anggota penuh manakala tujuh yang baru sebagai anggota bersekutu jawatankuasa tersebut.


Pelantikan anggota baru merupakan sebahagian usaha Muis yang berterusan untuk membentuk generasi asatizah seterusnya sedang mereka menyumbang pandangan mereka, yang difikirkan dan dikaji baik, dalam fatwa mengenai isu sosio-agama kontemporari yang rumit, kata

Muis dalam kenyataannya pada Khamis (26 Jan).


Ustaz Firdaus Yahya dilantik sebagai anggota penuh, menggantikan Ustaz Hj Ali Mohammad. 


Ustaz Firdaus sebelum ini berkhidmat sebagai anggota penuh pada penggal 2016 hingga 2019 dan telah berkhidmat sebagai anggota bersekutu bagi penggal terakhir iaitu 2019 hingga 2022.


Ustaz Hj Ali akan terus berkhidmat sebagai anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa bagi penggal baru.


Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir serta empat anggota penuh akan disokong 24 anggota bersekutu dalam Jawatankuasa Fatwa baru itu.


Selain Ustaz Firdaus, anggota penuh lain ialah ialah Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Fathurrahman Dawoed dan Ustazah Dr Rohana Ithnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >