Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Muslim SG berkorban, sesuaikan diri demi lindungi masyarakat dalam pandemik

Jul 19, 2021 | 04:42 PM




MASYARAKAT Muslim di Singapura telah berkorban  dan membuat penyesuaian diri penting sejak pandemik bermula untuk melindungi diri mereka dan masyarakat lebih luas, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya pada 19 Julai. 


Memuji tindakan yang diambil masyarakat Melayu / Islam, termasuk mengurangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sepanjang dua tahun sejak 2020, Muis berkata:


“Ini amat penting dalam mengurangkan risiko penularan yang timbul akibat aktiviti keagamaan.

“Sedang kita menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini, adalah penting kita terus melakukan tanggungjawab sivik ini bagi memastikan orang yang kita sayangi terutama warga tua, selamat."


Dalam pada itu, Muis turut menggesa golongan yang belum mendapatkan vaksin agar melakukan demikian, terutama warga tua.


Bagi solat Aidiladha tahun ini, sejumlah 19 masjid masing-masing akan menawarkan lebih 100 tempat bagi jemaah yang sudahpun divaksinasi atau telah menjalani Ujian Sebelum Acara (PET).

Selain itu, 47 masjid lain akan menawarkan satu zon bagi 50 jemaah.


“Sebagai alternatif, seseorang individu juga boleh bersolat secara berjemaah dengan ahli keluarga di rumah,” kata kenyataan itu lagi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >