Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis perkenal sistem undi tunai haji di bawah kuota tambahan

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah membangunkan sistem automasi undian untuk mempercepat dan meningkatkan kecekapan dalam menyediakan tempat tambahan untuk jemaah menunaikan haji di bawah sistem kuota tambahan.



Di bawah Skim Undi Terhad (LBS) ini, ia direka untuk mengisi tempat haji tambahan dalam tempoh masa yang singkat serta memastikan proses yang dilaksanakan secara adil, cekap dan telus yang disepadukan dengan portal MyHajSG.



Muis, dalam kenyataannya pada Isnin, berkata sistem pengundian telah digunakan oleh banyak negara lain untuk menentukan peruntukan haji.



Jawatankuasa Haji akan dipengerusikan oleh Dr Syed Harun Taha Alhabsyi yang akan menyelia proses pengundian yang dijana oleh komputer dan disaksikan oleh saksi bebas yang dilantik Muis.



Dalam kenyataannya itu, Muis berkata sebelum pengundian dijalankan, ia akan menghubungi semua pemohon yang layak melalui SMS dan e-mel serta mempelawa mereka untuk mendaftar.



Pada 2022, Muis menghubungi hampir 4,000 pemohon dalam Sistem Pendaftaran Haji Awal (AHRS) untuk mengisi tempat kuota haji tambahan yang ditetapkan dalam tempoh tiga hari bekerja.



Pemohon yang layak dinasihatkan untuk mengemas kini butiran melalui portal MyHajSG. Muis juga menasihati pemohon yang layak untuk mempertimbangkan semua faktor dengan teliti termasuk pemberitahuan di saat-saat akhir, pilihan yang terhad serta kos menunaikan haji yang lebih tinggi.



Bagi jemaah yang ingin menyertai kuota tambahan haji ini, mereka perlu bersedia dari segi fizikal, mental, rohani dan kewangan.



Tawaran ini dibuka kepada jemaah yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi (KSA), tambah Muis. Muis akan mempelawa pemohon yang memenuhi kriteria iaitu yang akan menunaikan haji kali pertama dan telah mendaftar di AHRS antara 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2017.



Muis akan hubungi mereka yang layak bagi LBS untuk mengundang mereka ke dalam senarai, tertakluk pada kriteria yang ditetapkan.



Muis juga memberikan subsidi terhadap pembayaran yuran permohonan LBS - pemohon 2023 hanya perlu membayar $50 dan pemohon pada tahun 2024 hanya perlu membayar $75.



Setiap tahun, Singapura diberi kuota rasmi sebanyak 900 tempat oleh KSA bagi umat Islam di sini untuk menunaikan ibadah haji.



Pada 2022, sejumlah 493 kuota tambahan dianugerahkan oleh KSA hanya seminggu sebelum keberangkatan haji.



KSA akan mempertimbangkan semua faktor yang perlu dan memperuntukkan tempat tambahan biasanya dari bulan Syawal dan seterusnya setiap tahun.



Sehingga April 2023, terdapat sejumlah 48,000 dalam AHRS. Berdasarkan kelayakan kriteria, kira-kira 20,000 layak untuk menyertai LBS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >