Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis sangkal laporan persoal proses sijil halal S'pura

Apr 25, 2020 | 10:17 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menyangkal satu laporan dalam talian yang mempersoal proses pensijilan halal di negara ini.



Artikel itu menuduh Muis melaksanakan “prosedur pentauliahan sijil Halal asal boleh, tidak telus” dan “bersikap berat sebelah terhadap badan pensijilan tertentu di Australia, Eropah dan Amerika Syarikat”.



“Muis mengurus proses pensijilan halal di Singapura berdasarkan piawaian urus tadbir yang tertinggi, seperti yang dijangkakan daripada Khidmat Awam Singapura,” menurut satu kenyataan Muis pada Sabtu (25 April).



Jelas kenyataan itu lagi, keputusan penting mengenai sijil halal tidak dibuat oleh satu individu sahaja, bahkan satu panel bebas di Muis.



Proses ketat memberi sijil halal ke atas pemohon setempat turut dikenakan ke atas badan pensijilan halal asing (FCB), kata Muis.



“Sedang Muis sedar FCB beroperasi dalam konteks sosial, keagamaan dan undang-undang yang berbeza daripada Singapura, Muis hanya mengiktiraf mereka yang boleh menunjukkan mereka mengikut piawaian serupa yang digunakan Muis,” menurut kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >