Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis sedang siasat dua produk makanan laut Li Chuan

Jan 29, 2021 | 06:56 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan surat yang diedarkan kepada pemegang sijil halalnya untuk berhenti menggunakan dua produk makanan laut yang didakwa mengandungi DNA babi dengan serta-merta.


Menurut surat tersebut, yang dilihat Berita Harian (BH), produk ‘Li Chuan Fish Ball’ dan ‘Li Chuan Cuttlefish Ball’ didapati mengandungi DNA babi oleh Kementerian Ehwal Keagamaan Brunei, yang telah mengeluarkan amaran penghapusan produk itu.


Produk yang terjejas ialah ‘Li Chuan Fish Ball’ (beku dan sejuk) dengan tarikh luput 9 Jun 2022 dan 7 Oktober 2022; serta ‘Li Chuan Cuttlefish Ball’ (beku dan sejuk) dengan tarikh luput 9 Jun 2022.


Muis juga sedang melakukan siasatan kerana produk yang terjejas itu dihasilkan oleh Li Chuan Food Products Pte Ltd, pemegang sijil halal Muis.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (29 Jan), Muis berkata ia telah dimaklumkan oleh Kementerian Ehwal Keagamaan Brunei Darussalam tentang DNA babi dalam dua produk tersebut yang telah melalui ujian sampel rambang.


Muis sedang melakukan siasatannya sendiri dan telah menyuruh syarikat Li Chuan Food Products Pte Ltd berhenti mengeluarkan produk ini buat masa ini.


Syarikat tersebut berkata ia sedang bekerjasama dengan Muis dan telah "hentikan buat sementara waktu" produksi produk-produk tersebut.


“Kami mengesahkan bahawa tidak ada bahan babi yang digunakan dalam produk kami itu.


“Tetapi Muis mengesyorkan agar kami berhenti mengeluarkan produk ini buat masa ini, jadi kami telah hentikan buat sementara waktu,” kata jurucakap Li Chuan Food Products Pte Ltd ketika dihubungi BH.


Sementara itu, Muis dalam kenyataannya berkata: "Muis sedar bahawa terdapat mesej-mesej yang dihantar melalui pelbagai platform media sosial berkenaan isu ini.


"Kami menyeru masyarakat untuk mengelak daripada membuat spekulasi sehingga siasatan selesai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >