Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis selesai jalani kajian gaji sektor agama

Antara saranan: Beri ganjaran kepada asatizah berdasar tiga aspek - kemahiran, kecekapan dan nilai yang mereka bawa kepada pekerjaan
May 31, 2022 | 05:30 AM



SALAH satu tujuan Garis Panduan Gaji Umum (CSG) adalah untuk memberi panduan gaji bagi sektor keagamaan di sini dan ia telah memberi gambaran lebih jelas bagi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta majikan-majikan lain dalam sektor ini.



Demikian kata Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, mengulas tentang garis panduan baru itu yang diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa Seminar Rancangan Kerja Muis 2022 baru-baru ini.



"CSG... merupakan salah satu saranan yang telah dikemukakan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) pada 2019.



"Salah satu tujuan CSG adalah untuk memberi panduan gaji dalam sektor keagamaan di sini dan ia telah memberi gambaran yang lebih jelas bagi Muis serta majikan-majikan lain dalam sektor ini.



"Alhamdulillah, Muis telah selesai menjalankan kajian mengenai CSG yang telah merangkumi proses penilaian, pekerjaan asatizah dengan rapi, dan juga mengambil kira trend gaji bagi sektor ini," ujar Encik Kadir.



Beliau menambah bahawa antara saranan yang akan dikemukakan Muis daripada hasil kajian itu ialah memberi ganjaran kepada asatizah berdasarkan tiga aspek - kemahiran, kecekapan dan nilai yang mereka bawa kepada pekerjaan mereka.



"Muis akan terus bekerjasama dengan institusi madrasah dan masjid untuk memperhalusi sistem penilaian prestasi serta penyesuaian gaji setimpal dengan sumbangan asatizah kita.



"Namun kita akur bahawa penyesuaian yang akan dilakukan ini memerlukan sumbangan yang lebih dan dengan ini, Muis akan bekerjasama dengan masyarakat untuk melihat bagaimana kita mungkin dapat mengoptimumkan aset masyarakat kita untuk sektor yang amat dihargai ini," tambah Encik Kadir.



Awal sebelum ini, Encik Masagos pernah menyatakan bahawa peningkatan gaji asatizah boleh disokong masyarakat Melayu/Islam dengan memanfaatkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).



Selain peningkatan gaji asatizah, Muis turut mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan usaha lain yang dapat menjadikan sektor keagamaan lebih menarik dan berdaya maju melalui dua projek utama - Pembangunan Madrasah dan Asatizah; dan Pembangunan Sektoral.



Ini sebahagian teras strategik yang ditetapkan sebagai sebahagian Rancangan Tiga Tahun Ke-7 Muis, atau ringkasnya 7M3YP.



Muis berkata, antara usaha menambah bilangan asatizah yang bersedia bagi masa hadapan termasuk kajian semula skim Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) 2.0, Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS), Kolej Islam Singapura (SIC) dan Sistem Madrasah Bersama.



"Dengan permintaan sektor agama yang semakin meningkat, peranan asatizah telah berkembang melangkaui hanya seorang pendidik.



"Untuk menarik lebih ramai bakat ke sektor ini, ia perlu kekal menarik, bertenaga dan berdaya saing.



"Program seperti Pembangunan Kepimpinan Agama dan Bakat (RLTD), Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya akan dilancarkan," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >