Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis tunda haji bagi jemaah S'pura ke tahun depan demi elak koronavirus; umat Islam turut dinasihat elak kunjungan Hari Raya

May 15, 2020 | 02:16 PM



RANCANGAN haji untuk kesemua 900 jemaah Singapura akan ditangguhkan kepada tahun depan demi mengelak jangkitan koronavirus, umum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini (15 Mei).



Sementara itu, masyarakat Islam setempat juga dinasihatkan agar menahan diri daripada melakukan ziarah dan majlis keramaian semasa Hari Raya sebagai mematuhi sekatan perhimpunan di tempat awam dan privet.



Keputusan untuk menangguh haji itu dibuat selepas berunding dengan Kementerian Kesihatan (MOH), dengan Jawatankuasa Fatwa juga telah membincangkan hal tersebut dan menyokong keputusan bagi penangguhan haji atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan.



“Jawatankuasa berpendapatan bahawa dalam konteks semasa, tidak semua pra-syarat bagi haji yang selamat dapat dipenuhi, dan oleh itu, mereka menyarankan bagi rombongan Singapura menangguhkan rancangan haji demi mengelakkan potensi bahaya,” kata Muis dalam kenyataannya.



Kesemua 900 jemaah yang telah berdaftar bagi menunaikan ibadah haji tahun ini akan secara automatik dijadualkan melaksanakan haji pada tahun depan.



Dalam sidang media hari ini, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, berkata:



“Buat masa ini, tidak ada vaksin yang boleh mencegah mereka daripada dijangkiti virus itu dan jika saya faham, tidak ada ubat yang kita ketahui hari ini...yang boleh membantu mereka sekiranya mereka dijangkiti virus itu.



“Dari aspek agama, kami bersyukur Jawatankuasa Fatwa bersetuju bahawa ia keputusan betul bahawa kami harus menangguhkan haji kepada tahun depan.”



Tambah beliau: "Jika kita teruskan haji, jemaah kita akan terdedah kepada kumpulan jemaah lain dari seluruh dunia. Dan kita tidak akan tahu siapakah yang terjejas, dan siapakah yang dijangkiti. Dan saya rasa ini situasi buruk yang kita harus elakkan." 



Menurut Pengarah perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak dalam sidang media yang sama, Arab Saudi telah melaporkan sekitar 40,000 kes jangkitan Covid-19 dan lebih 250 kematian daripada virus itu sejauh ini, dengan negara itu merakamkan lebih 1,000 kes baru setiap hari sejak pertengahan April. 



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam sidang media yang sama berkata terdapat keprihatinan serius mengenai keselamatan perubatan, terutamanya risiko jangkitan dan penularan Covid-19 dalam sekitaran yang penuh sesak.



Ini lebih-lebih lagi dengan sebahagian besar jemaah Singapura berada dalam kumpulan usia berisiko tinggi, iaitu dalam 50 tahun dan ke atas.



Dr Nazirudin berkata kumpulan itu bukan hanya akan menimbulkan risiko keselamatan di Tanah Suci dan masyarakat Singapura apabila pulang ke tanah air, malah boleh menimbulkan kerumitan lain.



“Ketidakpastian ini mempunyai akibat serius ke atas kesejahteraan jasmani dan emosi jemaah kita, dan mereka secara kolektif membentukkan bahaya dan kesukaran di mana Islam mahu mengelakkan pada setiap masa,” kata beliau.



Berkenaan Hari Raya pula, Muis berkata dengan mematuhi sekatan perhimpunan dan langkah jarak selamat, masyarakat Melayu/Islam menyedari tentang keperluan bersikap berhati-hati tentang cara bagaimana menyambut Hari Raya dengan selamat dan bertanggungjawab.



“Kita perlu melindungi orang tersayang daripada penularan Covid-19, terutamanya ahli keluarga warga emas yang mempunyai risiko tertinggi mendapat penyakit teruk, kerumitan dan kematian.



“Risiko terhadap mereka akan meningkat jika mereka menerima lebih kunjungan kerap yang lama dan intensiti interaksi fizikal rapat yang tinggi.



“Adalah lebih penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekarang dan menyesuaikan diri kepada norma baru agar kita boleh mengunjungi orang tersayang kemudian apabila ia selamat untuk melakukannya dalam lebih banyak Hari Raya mendatang,” kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >