Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mujur dapat bantuan komputer dan Wi-Fi

Beyond Social Services, Changi Airport Group (CAG) bantu pelajar dari keluarga yang tidak punya kelengkapan digital untuk jalani pembelajaran dari rumah
May 08, 2020 | 05:30 AM



SEBELUM cuti sekolah bermula pada 5 Mei lalu, adik-beradik Nur Rindiani Md Fadil, Nur Shafiqah Md Fadil dan Mohammed Rasul Fadli Md Fadil telah melalui pembelajaran dari rumah (HBL) seperti pelajar lain di seluruh negara.



Namun, mengharapkan gaji bapa mereka sahaja, yang merupakan pencari nafkah tunggal keluarga, tidak cukup untuk ketiga-tiga beradik itu mampu memiliki komputer dan Wi-Fi yang diperlukan untuk melakukan tugasan sekolah mereka.



Mujur, ada inisiatif seperti yang dijalankan Beyond Social Services dan Changi Airport Group (CAG) yang bertujuan membantu pelajar dari keluarga yang tidak mempunyai kelengkapan digital untuk HBL.



Beyond merupakan badan amal yang membantu keluarga berpendapatan rendah, telah bekerjasama dengan CAG untuk menyediakan keluarga yang tinggal di rumah sewa akses kepada Internet menerusi router Wi-Fi yang disumbangkan dari Changi Foundation dan Changi Travel Services .



Ini merupakan langkah sementara bagi tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19.



Dalam pada itu, Beyond bekerjasama dengan keluarga dan sekolah mereka untuk memohon bagi Program NEU PC Plus Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang bertujuan menjadikan digitalisasi lebih mudah diakses.



Dihubungi Berita Harian, bapa kepada tiga beradik itu, Encik Md Fadil Ahmad, 41 tahun, berkongsi bahawa Beyond telah menyediakan satu komputer riba dan router Wi-Fi, sementara sekolah anaknya memberikan satu lagi komputer riba.



Sebelum itu, pada minggu pertama April, anaknya terpaksa ke sekolah kerana tidak mempunyai komputer yang boleh digunakan untuk melakukan tugasan sekolah di rumah.



Mohammed Rasul Fadli, 10 tahun, dan Nur Shafiqah, 12 tahun, merupakan murid Sekolah Rendah Gan Eng Seng.



Nur Rindiani, 14 tahun, pelajar Sekolah Menengah Queensway.



"Alhamdulillah kami dapat bantuan. Saya betul-betul berterima kasih kepada mereka kerana kalau tidak, macam mana nak dapat Wi-Fi 'kan?" ujar Encik Fadil yang bekerja dengan syarikat kawalan serangga.



Menurut beliau lagi, flat satu bilik di Lengkok Bahru itu sudah lebih dua tahun tidak mempunyai Wi-Fi.



Selain keluarga Encik Fadil, sejumlah 60 keluarga lain telah meraih manfaat daripada inisiatif tersebut.



Menurut penolong pengarah Beyond, Cik Lim Shaw Hui, 100 router Wi-Fi telah diberikan kepada keluarga-keluarga itu - mereka yang mempunyai lebih ramai anak telah menerima lebih daripada satu router kerana ia perlu digunakan oleh lebih ramai orang.



Sementara itu, Ketua Changi Foundation, Cik Ivy Choo, berkata:



"Changi Foundation, bersama-sama dengan Changi Travel Services dan Beyond Social Services, berbesar hati dapat menyokong HBL pelajar sepanjang tempoh Covid-19 yang mencabar ini.



"Dengan cuti sekolah yang diawalkan, router yang dipinjamkan ini akan memberi perbezaan yang bermakna kepada aktiviti pembelajaran untuk pelajar sedang mereka terus memerhatikan langkah-langkah jarak selamat di rumah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >