KETIGA-TIGA mahasiswa ini membuktikan bahawa dengan usaha gigih, setiap orang boleh berjaya.
Mereka merupakan mahasiswa tahun pertama di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Harapan mereka adalah membantu dan berbakti kepada masyarakat dan mereka dijadualkan mengambil masa lima tahun sebelum bergelar doktor.
Selain pembelajaran di kuliah, ada di antara mereka berharap dapat melibatkan diri dalam Program Penglibatan Masyarakat (CIP).
Ini kerana kerjaya sebagai doktor melibatkan masyarakat, oleh itu dengan memulakannya di universiti, sedikit sebanyak kemahiran sosial dapat dipelajari.
Tidak kira bidang apa yang akan didalami kelak, pastinya mereka akan menjadi penambahan yang baik dalam bidang perubatan Singapura.
Laporan lanjut: