Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mural di bekas bangunan Pondok Gelam papar sejarah masyarakat Bawean S'pura

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



BANGUNAN yang pernah menempatkan persatuan Pondok Peranakan Gelam Club, atau lebih dikenali dengan nama 'Ponthuk' (Pondok) Gelam, bakal mempunyai 'wajah baru' apabila permukaan dinding bangunan di Club Street itu bakal 'dilukis' dengan mural.



Ini selepas pemilik baru bangunan tersebut, The Land Managers, mahu memaparkan sejarah masyarakat Bawean Singapura, yang pernah tinggal di bangunan itu, melalui lukisan mural bagi mendidik orang ramai tentang sejarah masyarakat itu yang berasal dari Pulau Bawean di Indonesia.



Selain lukisan mural di permukaan dindingnya, pemilik baru itu juga merancang untuk mempamerkan sejarah dan artifak masyarakat Bawean di satu sudut dalam bangunan berkenaan.



Mural tersebut pula akan menggambarkan sejarah penghijrahan, kehidupan serta sekitaran pekerjaan masyarakat itu di kota Singa ini.



Bangunan itu, yang diiktiraf sebagai tempat bersejarah, dahulu pernah menjadi pondok atau pusat kegiatan bagi masyarakat Bawean Singapura.



Ia menjadi 'tempat berteduh' bagi masyarakat Bawean yang berhijrah dari kampung halaman mereka untuk mencuba nasib lebih baik di Singapura.



Pondok Peranakan Gelam Club, yang didaftarkan pada 7 April 1932 bersama Pendaftar Pertubuhan (ROS), kini sudah mencecah usia lebih 90 tahun.



Encik Borhan Saini, Setiausaha Agung Kehormat Pondok Gelam, yang hadir dalam taklimat diberikan pemilik bangunan itu baru-baru ini, berkata usaha tersebut merupakan satu penghormatan kepada Pondok Gelam dan masyarakat Bawean secara umum.



"Lukisan yang menggambarkan penghijrahan masyarakat Bawean, dengan menaiki perahu dari Pulau Bawean ke Pulau Jawa kemudian ke Singapura, serta suasana tiba di sini dan dibawa ke ponthuk yang disambut Pak Lurah dan orang Bawean akan dipaparkan dalam mural tersebut.



"Ia juga akan memaparkan cara hidup di ponthuk, majlis-majlis yang diadakan di ponthuk dan makanan yang disajikan. Masyarakat Bawean yang kemudian berpindah ke flat HDB turut akan dipaparkan.



"Selain itu, pencapaian masyarakat Bawean turut ditonjolkan seberapa yang boleh," kata Encik Borhan.



Cik Vanesa Toh, wakil pemilik bangunan baru dekat South Bridge Road itu, berkata pihaknya inginkan ciri-ciri sejarah masyarakat Bawean dapat terus diwarisi dalam sekitaran kehidupan berbilang kaum dan agama di negara ini.



"Kami berharap Pondok Gelam dapat berkerjasama dengan kami dan dapat menganjurkan kegiatan kemasyarakatan mereka di bangunan ini yang pernah didiami mereka dahulu," ujarnya.



Lukisan mural itu dijangka selesai akhir Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >