Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mural warna warni zaman lampau Kampong Gelam pikat perhatian

Aug 04, 2023 | 06:33 PM



Dekat gerbang masuk Masjid Sultan sesudah Muscat Street kini terdapat sebuah mural baru setinggi tiga tingkat yang merakam kehidupan di Kampong Gelam pada zaman lampau.

Mural pemandangan daripada kedai buku Pustaka Haji Muhammad Said kepada penjual satay dan sekumpulan gadis yang menonton wayang kulit di tepi jalan itu sedang disiapkan pelukis tempatan Yip Yew Chong.

Encik Yip memuat naik video proses melukis mural itu di Facebook baru-baru ini.

Video itu menunjukkan ciri-ciri lukisan Encik Yip di 92 Arab Street itu dan berakhir dengan menunjukkan beliau di atas kren sedang sibuk bekerja.







Meskipun belum siap sepenuhnya, mural itu sudah memikat perhatian ramai, termasuk warga asing.


Seorang daripada mereka, Cik Sharon Shileds, berkata beliau merancang menziarah Arab Street apabila berada di Singapura bagi perlumbaan kereta Formula 1 kelak.


“Saya gemar melihat gambaran jalanan masa lampau anda yang berupaya mendidik orang ramai dari segi budaya serta dilukis dengan menarik,” katanya.







Dalam satu kenyataan pada Julai, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata mural itu sebahagian daripada ciri Pelan Daerah yang dilancarkan Perikatan Kampong Gelam (KGA) bagi merancakkan kawasan itu.

Ia ditaja pemilik rumah kedai di 92 Arab Street itu serta rakan berkepentingan kawasan tersebut.

Encik Yip berkata di Facebook beliau sedang berusaha menghabiskan lukisan itu sebelum Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

“Di bahagian atas mural ini dipapar Masjid Sultan pada zaman sebelum 1930an... (sewaktu bekerja) saya diberi peluang melihat pemandangan matahari terbenam yang sangat indah di balik kubah masjid itu,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >