PILIHAN RAYA KECIL BUKIT BATOK
Murali teruskan usaha kenali penduduk dengan lebih rapat
Apr 26, 2016 | 05:30 AM
BAKAL calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi pilihan raya kecil Bukit Batok, Encik K. Muralidharan Pillai, meneruskan usahanya mengenali penduduk dengan lebih rapat dan mesra menjelang pilihan raya kecil pada 7 Mei ini.
Beliau terus mengadakan lawatan ke rumah penduduk selain berinteraksi bersama mereka di tempat awam seperti di kedai kopi.