Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid Darjah 1 mulakan hari pertama persekolahan

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



RASA ghairah dan gementar menyelubungi murid-murid yang memulakan Darjah 1 semalam.



Bagi Sekolah Rendah Ang Mo Kio, hari pertama bagi murid Darjah 1 yang melangkah ke perjalanan persekolahan baru mereka bertambah meriah dengan lawatan daripada Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Encik Chan telah melawat Sekolah Rendah Ang Mo Kio pagi semalam untuk bertemu dan berinteraksi bersama ibu bapa serta murid-murid Darjah 1 yang sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru mereka.



Semalam merupakan hari pertama kanak-kanak Tadika 1, murid-murid Darjah 1 dan pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah.



Para pelajar peringkat lain akan kembali ke sekolah hari ini.



Encik Chan juga menyaksikan kemasukan para pelajar Tadika 1 sekitar 8 pagi di tadika Kementerian Pendidikan (MOE) yang juga terletak di Sekolah Rendah Ang Mo Kio.



Dalam catatannya di Facebook semalam, Presiden Halimah Yacob mengharapkan hari pertama pembukaan sekolah bagi tahun baru ini berjalan dengan baik bagi para pelajar, ibu bapa dan para pendidik.



"Hari pertama sekolah dibuka akan sentiasa menjadi hari yang istimewa, terutamanya bagi para pelajar yang pertama kali ke sekolah.



"Ia menandakan permulaan perjalanan mereka untuk belajar, berdikari dan mencari kawan baru daripada latar belakang yang berbeza.



"Apa yang penting ialah para pelajar kita melakukan yang terbaik dan kita menyokong mereka supaya mereka membesar berasa gemar ke sekolah," kata Puan Halimah.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pula memberikan kata-kata perangsang bagi para pelajar supaya menikmati masa mereka di sekolah.



"Ambil setiap peluang untuk belajar, berkembang, mengalami dan menerokai perkara yang baru," kata Encik Lee di Facebook.



Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, turut memberikan kata-kata perangsang bagi ibu bapa dan mendorong mereka menjadi sebahagian daripada perjalanan persekolahan anak-anak mereka, terutamanya kaum bapa.



"Bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak membesar dengan selamat, terjamin dan yakin.



"Penyelidikan telah menunjukkan bahawa penglibatan bapa dalam kehidupan anak-anak kita memberikan hasil yang cemerlang dari segi akademik serta kesejahteraan sosial dan emosi di kalangan anak-anak kita," kata beliau dalam satu rakaman video di laman Facebooknya semalam.



Beliau turut menggalakkan kaum bapa untuk meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka dan berharap ibu bapa akan bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain serta mengukuhkan hubungan dengan sekolah anak-anak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >